: : SAYANG semuanya : :

Wednesday, 20 April 2011

exam PKK dan RIO

at Wednesday, April 20, 2011 19 celoteh
salam sejahtera dan selamat petang.

paper semalam sangat mencabar minda aku. da lah aku ingat dia tercabar dengan aku, rupanya at the end aku yang tercabar dengan dia. grr~ mula-mula aku tak rasa pun macam stress ke susah ke apa ke, sebab mungkin aku yang tak belajar dengan betul ataupun xcuba mendalami dengan baik tapi bila semua kawan-kawan yang amik paper tu stress, nak nangis, menyumpah-nyumpah, akhirnya aku pun rasa bahangnya. erk..lambat pulak reaksi aku kali ni ek? :p hahaha.

apa pun, kita da belajar, kita dah cuba sebaik boleh, sekarang tinggal penandaan oleh para lecturer yang cantik, baik hati dan hensem, menanda dengan penuh baik hati, sabar dan murah hati. murah hati supaya ada markah kesian dan markah bonus buat kami student nya. jangan dilupa tawakal dan berdoa supaya semuanya yang dirancang, tetap berjalan seperti biasa. 

semalam paper jam 3.30 petang tau. ada masa na study lagi diwaktu paginya. disebabkan aku gelabah dan terasa macam masih takde input, kosong lagi, takut blank bila exam petang nya, aku ajak la cik mamat untuk study bersama aku dan menjadi sifu aku bahagian dan part yang aku tak reti and masih tak jelas. walaupun rasa macam da terlambat, tapi better terlambat sebelum exam dari terlambat selepas exam, ye x?

aku bangun-bangun pagi tu dengan keadaan terhuyung-hayang jam 4pagi untuk study bahagian teori, memandangkan semua orang kasi hint, banyak teori dari pengiraan. dan selalunya memang aku baca time-time macam ni sebab cepat masuk n terus melekat dalam kepala otak sekali baca. 

then aku tertidur balik lepas subuh dan bangun kul8, bangun-bangun teruslah pergi mcD untuk study disana. banyak punca kenapa mcD menjadi pilihan..


sebab utama dianya sebab aku suka sangat mcD nya set breakfast. sangat sedap semuanya dan kopinya sangat mengharumkan dan mampu untuk menaikkan semangat hari anda. :) 

aku tak kesah pun bab makan sebenarnya sebab aku sangat risau dengan exam aku ni. cuma mcD ni pada aku menyediakan kawasan yang sangat flexibel. boleh dijadikan tempat untuk lepak, online, gosip dan juga study. memang ada yang tanya, boleh ke study kat mcD? pada aku, style study setiap orang berbeza. jadi, jangan pertikai cara orang study.


nampak tak betapa fokusnya aku kat sini? hahaha. :P ok, terima kasih. btw, aku duduk kat sini dari jam 8 pagi sampai sejam sebelum exam start.. punya la lama sampai pekerja mcD tu usya-usya je.. lekkluu~ customers' always right ok? haha.


cik mamat pun tak ketinggalan ingin bergambar. tapi gambar ni gambar tak jadi sebab dia na kasi nampak kalkulator baru dia tu. haha~ dialog yang keluar "eh..jap..jap..nak amik kalkulator, kasi nampak real"


haa~ ni gambar nampak kalkulator. :p hahaha. woww, pandai berlakon. hahaha. apa pun cik mamat, terima kasih sangat-sangat sebab sudi mengajar dan memberi banyak ilmu kepada aku. :) tanpa cik mamat, tak mungkin lah aku le jawab dengan agak baik pada hari semalam. pada aku lah, pada lecturer atau penanda tak pasti lagi. :D apapun, terima kasih sangat-sangat CIK MAMAT.

aku rasa kalau aku tak amik inisiatif untuk kesini dan ajak cik mamat, mungkin balik-balik exam aku meraung kot? sebab sangat susah dan aku bersyukur SANGAT-SANGAT sebab aku amik insiatif g mcD pagi tadi dan belajar bersama sifu. dah la hint sebut banyak teori, tapi bila aku kira-kira balik, soalan teori xsampai 10markah pun. grr~ selamatlah aku fokus lebih dekat pengiraan. bahagian teori yang aku hafal, 1 pun xmasuk. aigoo~

-__________________________-"


sebelum aku menutup post aku kali ni, aku na share sikit tentang cerita di atas ni. RIO. actually, bila dia sebut je FROM THE CREATORS of ICE AGE, aku terus cakap, ok, aku na tengok cite ni walaupun apa pun yang berlaku. haha. :) mana tak nye, kesemua tiga-tiga ICE AGE tu memang aku layan dan minat gila! 

dan cite ni memang superb de best lepas aku tonton! :) cite pasal burung yang unik, spesies da na pupus. everything is just perfect. aku suka part musical dia, macam-macam lagu keluar. ada sekor burung gemuk tu penyanyi RAP, BEP lak tu.. ahaha~ :) da memang suara WILL.I.AM, mestilaa BEP.

-_____________________________-"

cite ni patut ditonton oleh semua orang dan aku tersebak disaat burung ni, yang bernama Blu, boleh terbang. :) haha~ sila menonton.

kepada semua yang stress, tonton la cte ni sebab ia mungkin boleh melupakan segala lara dan duka anda. Insyaallah. :D

ok, kembali kepada mood study, adios amigos, callo bette, byebye.

p/s: wish me luck guys. baru je lepas isi borang untuk kerja on short-semester, harap-harap dipanggil dan diterima. :)

Monday, 18 April 2011

pengorbanan seorang SAHABAT

at Monday, April 18, 2011 8 celoteh
salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

aku kembali muncul setelah satu malam memulun menghafal term-term untuk exam Marketing pagi tadi. waahh~ bukan main lagi sampai tidur pun tak lena kan? tidur pun dalam keadaan ketakutan dan diselubungi kerisauan. bangun trus xtdur sampai masuk Hall Exam. masuk-masuk rasa gelisah macam soalan yang bakal ditanya macam macam macam susah.

aku punya gempak bajet exam 2 jam 30 minit. da siap-siap ni bahagi masa, kat soalan ni berapa lama, sini berapa lama. tapi setelah sejam exam aku mula, dan aku masih di soalan kedua part a, baruku tersedar yang exam aku ni cuma 2jam je. aku ternampak papan board kat depan tulis 2jam. aku usya la semua kertas yang ada tulis masa yang diberi. sekali......

HAAHLAAAAA!!! 2 JAM JE! 

-____________________-"

dem! tak penah-penah jadi cmni pe hal le alpa lak ni? ayat canggih kan? haa. anyway, aku pun bukan terus speed 180km/j da ni, aku da selaju kereta F1 da koottt.. dengan Hall yang seram sejuk, aku berlari pantas. paling laju, aku rasa dalam 340km/j. :p haha.

btw, selamat exam aku tu, aku jawab semua. salah betul tu belakang cite sebab aku bukan penanda jawapan. haha. xpe la, balik-balik penat sangat berlari, aku pun tidur la sampai asar. ni bangun-bangun ni na update blog la nye pasal sebab malam-malam sat lagi na pulun balik, esok ada 1 lagi paper yang agak tercabar dengan aku.ok, bukan aku yang tercabar, tapi beliau. beliau siapa? beliau ialah encik Prinsip Kewangan Korporat.

apa-apa pun, tujuan aku update kali ni bukan na cerita sal study, bukan na cerita sal exam, tapi aku na cerita sal sahabat. :) seorang sahabat yang memang seorang sahabat dan akan kekal sebagai seorang sahabat. haa~ nampak x kat situ? seorang sahabat yang sangat sahabat. hikhik.

actually...........

aku sangat terharu dengan pengorbanan seorang kawan baik aku. kat sekolah tak rapat pun, suka gaduh baik camtu laa.. tapi since kitaorang contact balik, jadi rapat lak. kenapa aku terharu? ok, aku sangat terharu bila dia sanggup datang dari Puchong ke Bangi, ok, tak jauh sangat, tapi setengah orang rasa sangat jauh, dan aku rasa walaupun masih dalam area Selangor, aku still terharu sebab dan sebabnya, dia masak lauk favourite aku dan bawak ke sini, ye..ke UKM dan kasi aku makan!

aku penah mention dekat post yang lepas ada member na bawak g SG CONGKAK, dia lah orang nya, tapi xjadi tapi takpe sebab dia datang sini pun aku da rasa na nangis terharu.

:')

sumpah terharu. dia cakap sebab dia tgk lately aku stress je ngan study. plus aku asik sebut sardin je kat dia. akhirnya dia datang sini dan kasi aku makan, and lepak bersama-sama dengan aku buat seketika. terubat rindu dekat mak sebab kawan aku macam mak aku. 

:) aku memang seronok sangat! tak makan dari pagi sebab dia cakap na bawak nasi ngan sardin. ok, sardin ialah lagu kegemaran aku. tapi mengada sikit, sardin AYAM BRAND. :p hahaha. bila dia bawak makanan, nahh kau! menambah NASI haaaa~ sardin pun menambah. amik kau! hahaha.

macam orang kebulur je cik Diyana ni ek? :p kawan aku cakap, dia seronok sebab berjaya buat aku xdiet hari tu. so aku macam what?? ok xpe, aku memang na makan banyak-banyak hari ni! haha.


dia cakap datang dalam pukul 3 petang, so aku siap-siap la around kul 2 lebih tu. mana tau kot-kot sampai awal ke? walaupun aku tau dia memang janji Melayu. :P hahaha. mintak ampun mintak maaf. sekali tak sampai-sampai laa.. aku pun snap-snap la dulu muka aku. wahaha~ asal muka macam orang na tidur je? 

-_________________-"


 opts, kawan aku ni da kawin sebenarnya, lupa lak na mention tadi. sebab tu la perangai dia macam mak sikit kot. romantik je giteww~ haha. :) ni anak dia yang first, lincah gila. aku tengok pun penat and lawak sebab anak dia sorang je panggil aku Auntie. =.='' ok, aku terasa tua disitu. walaupun aku rock, tapi aku Auntie. haha :P

waktu aku na amik gambar ni aku cakap "kakak, cepat-cepat, auntie na amik gambar." dia pun berdiri tegak tersengih sengih and na buat peace. haa tengok laa dia duk pilih jari na buat peace. comel gle! haha

anyway, nama dia YAYA. :)


haa.. jadi pun peace dia! aku jeles tengok lesung pipit dia. menggoda aww! hahaha :) btw, lepas aku tangkap gambar dia ni, dia boleh mintak na tengok balik. haha :D cepat betul matangnya. harap-harap anak aku nanti camtu laa jugak. Insyaallah.



ni anak kedua dia. amboi! berbeda dengan akak dia YAYA tadi. cengih~~ baru hulur tangan da menangis-menangis da tak nak. ok dia tak nak. down! =.='' yang ni nama dia QIQISH. mula-mula aku tengok dia aku gelak, comelnya rambut dia. ahaha. jahat mama buli ikat camtu.. :P

dah laa aku xder sifat-sifat emak lagi, sekali dia nangis, gelabah la aku. ok, aku masih belum layak untuk kahwin. haha~ jangan kawin lagi, xmatang lagi ni.


gambar selepas makan. haha. hampir licin kan? :) aku rasa paling banyak makan, aku kot? ye laa..xkan yaya lak kan? hikhik :p btw, masakan dia sedap. aku rasa cam na suruh masak lagi je lain kali. hahahaha :D gurau je~


sampai tertidur-tidur anak dia dua-dua sekali sebab kepenatan. sorang sebab penat berlari dan bergurau dengan Uncle John dan sorang lagi sebab banyak sangat nangis kot. :P haha.

kadang-kadang aku tak sangka, aku da jadi Mak Cik la wee. Auntie la glemer sikit. hikhik 

:)



gambar bestie aku dengan lebih dekat lagi. :) hehe~ tak ramai kawan aku yang mampu buat aku terharu tapi yang penting, dia sangat berjaya dan aku takkan lupa sampai bila-bila. :D haha. qila, nanti anak kau masuk U, aku g melawat bawak nasi ngan sardin gak..


part aku paling suka ialah part TAPAU. ok tapau. yang bermaksud bungkus. ok, da makan banyak + bungkus untuk makan malam lagi, memang aku tidur lepas isyak la jawabnya. hahaha.

apa pun, aku sangat gembira semalam dan aku sedar bahawa orang yang mungkin kita tak gemar suatu ketika dahulu, mungkin akan jadi orang yang sangat close dengan kita. macam aku dengan dia, serius tak rapat mana pun dulu zaman sekolah, siap gaduh, anti-anti lagi. hahaha. kelakar la ingat balik. :)

oleh itu, hargailah semua yang berada di depan mata anda sebab beliau mungkin seorang yang bakal anda sayang di masa depan kelak. dan aku? aku sangat sayang kawan aku sorang ni dan aku rasa dialah kawan pertama yang berkorban macam ni dekat aku.

QILA, andainya aku mampu balas jasa kau, aku akan balas sebab aku rasa terhutang budi dengan kau.

:') touching sikit. hehe.

ok la, sampai disini saja aku berceloteh untuk kali ni.

byebye.

p/s: sedang addicted dengan lagu JUST CAN'T GET ENOUGH-B.E.P. walaupun lirik agak lucah tapi aku xamik port sangat pun. just aku suka tone dia and kalau yang part tak lucah tu, romantik pe? :) kan kan? ok, sila setuju.

Sunday, 17 April 2011

aku di-TAG lagi ( CONTEST ALYA-AKU DAN ALAM)

at Sunday, April 17, 2011 16 celoteh
salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

wahh~ tengok tajuk je da macam cerita senario je, kena Tag dan sekarang, aku di Tag lagi. haa. kalau kena tag lagi lepas ni, maka muncullah topik, lagi-lagi TAG. aahaha~ :) memandangkan aku di Tag dan contest ni sangat membuka minat aku untuk menyertainya, maka aku secara besar hatinya ingin menyertai pertandingan ini. :)

tepuk tangan untuk diri sendiri.

-_____________-"

semenjak nak exam ni, mulut aku tak berhenti bercakap. walaupun mulut tak bersuara tapi tangan pantas memainkan peranan. mungkin ini salah satu faktor bila aku sedang gelabah dan tidak tenteram. 

aku di TAG sekali lagi oleh orang yang sama, iaitu Mira Sazuki. cik Mira ni nampaknya sudah mula mencintai aku dari jarak jauh. haha. tak memutus-mutus menyebut namaku dibibir dan dihatinya. ahaha~ :P thanks dear. 

contest ni nama dia Contest Alya: Aku dan Alam. untuk join, klik ini. 

biasa lah kalau masuk pertandingan mesti ada syarat-syarat. ok, jom check syarat-syarat dah dipenuhi ke belum!

1. mesti menjadi follower Alya. ()
2. buat satu entry pasal contest ni. jangan lupa letak banner dan link kan terus dengan blog Alya. ()
3. buat tajuk entry - CONTEST ALYA: AKU DAN ALAM ()
4. letakkan gambar yang bertemakan alam semulajadi, contohnya gambar dekat sawah padi ke, gunung ganang ke, sungai, etc dan yang paling penting, gambar korang mesti TERPACAK kat situ.()
5. contest terbatal jika peserta bawah 30orang! ()
6. tarikh tutup 30 April 2011. ()
7. Tag pada 5 orang dan pastikan mereka tahu mereka di TAG. ()
8. Letakkan URL entry pasal contest ni pada comment box di bawah. jangan letak pada shoutbox! ()

ok. done! gambar tak masuk lagi. kena pilih yang terbaik ni. :p haha.


dan gambar yang aku pertaruhkan ialah...................


:) semoga berjaya YANA.

chaiyok2! haha

ok la semua, doakan kejayaan yana and copp!! lupa na tag orang! ahaha.

orang yang sangat bertuah itu ialah:






dah. :) sudah la..selamat JOIN semua!

byebye


Saturday, 16 April 2011

kena TAG!

at Saturday, April 16, 2011 5 celoteh
salam sejahtera dan salam perpaduan.

aku kembali dengan semangat baru dan keyakinan baru. acecece~ :) buat apa na sedih lama-lama kan? kejap-kejap da laa.. haha.. walau apa pun, aku na ucapkan jutaan terima kasih kepada dua orang sahabat terulung aku sebab sanggup melayan kerenah aku yang tak berapa betul ni 2 3 hari lepas. walaupun sorg tu call n just cakap melalui FB, tapi aku sangat-sangatlah hargainya, plus dia cakap nak masakkan aku sardin ngan ayam goreng, and na culik aku bawak g sg congkak. so, aku buat keputusan untuk study bersungguh-sungguh hari ni. bersungguh ke? :p haha.

sorang lagi bawak aku keluar makan semalam. ok, walaupun aku membazir, makan tak habis, tapi makanan tu sangat sedap! dekat restoran Tepian Bangi. sape xpernah rasa lagi, sila-sila lah ke sana? makanannya agak mahal sikit, tapi pada aku berbaloi la na bayar mahal sikit, asalkan sedap dan paling UTAMA nya membuka selera and nafsu makan aku yang agak hilang.

kadang-kadang aku suka juga xder selera makan. at least, aku le la turunkan berat badan aku yang kelihatan macam makin meningkat ni. macam orang cakap, sebelum OBES, hindari. ye ke orang cakap? ke aku yang cakap? memang la aku cakap, aku kan orang? 

-________________________-"

ok. fullstop! titik!

xpayah na bebel panjang yana. haha. sebenarnya aku memang tengah diet pun. actually bukan la diet sangat pun, just kurangkan makan gitu. tapi kalau time lapar tu, bedal je. hahaha~ ntah pape program diet aku ni sebenarnya. siyesly guys!

ok, sebenarnya aku kena TAG. sebenarnya aku memang kalau boleh na elak kena TAG-TAG ni, tapi disebabkan ada dua insan yang sangat menyayangi aku, TAG aku jugak, plus TAG benda yang sama, so aku rasa aku patut la buat POST mengenai ini. ye laa~ ingat senang ke ada orang na sayang kita? haha :p

ok, orang yang TAG aku tu Mira Sazuki dan Shafika Hafiz. mula-mula aku terasa, eh budak ni perli aku kuat bergambar ke pe na tag2 sal gambar ni? ;p haha. tapi aku percaya, dieorang tag aku sebab dieorang rasa aku cantik. ok yana, angkat BAKUL. hahaha~

well, honestly, lepas dapat TAG ni aku selongkar la gambar-gambar aku. koleksi-koleksi yang mencecah 11.3GB tu. haha. perlu kan aku mention kat sini? aku cari la gambar aku depan cermin, ada tu memang la ada, tapi gambar tu le dikatakan OUTDATED, sebab last aku amik gambar macam ni, 2 atau 3 tahun lepas.

sekarang style aku amik gambar style model-model chubby gitu. hakhak~

-_________________________-"

tak kan la aku na masuk contest yang gambar 3 tahun lepas. jadi aku decide untuk tidak menyertai pertandingan itu. perh! ala-ala SITI NURHALIZA umum tak nak join AJL gitu~ haha :)

apa-apa aku ucapkan terima kasih sebab korang tag aku and aku tak na tag sapa-sapa. sapa yang na join, join laa.. t jap lagi aku masukkan contestnya itu. :)


and kalau na join kena baca syarat-syarat dia, kunk tak qualified lak. haha. ok, na baca syarat-syarat dia klik SINI lak! 

haa.. aku ucapkan good luck kepada kawan-kawan aku yang join tu sebab kalau menang, aku na suruh belanja. haha~ jangan lari suda laaa..

sebelum aku buat kesimpulan, macam karangan pulak kan? aku na tunjuk gambar-gambar aku depan cermin ni camne.. gambar sangat lama, muka pun macam budak-budak lagi. :)


ok, gambar ni diambil tahun 2008, kat kampung. tengok baju pun tau festival pe kan? of course la HARI RAYA. haha~ pagi lak tu. :) apa-apa pun, abaikan latar belakang, just fokus dekat bling-bling baju raya aku ke? :P


ni lagi lah! hahaha. terserlah la kot muka kanak-kanak riang aku? haha. gambar ni aku amik masa kat Matrik, waktu tu na balik cuti semester. tunggu bas lambat sgt, so aku snap-snap dulu. boleh la na over sikit kan xder orang? haha


ok aku rindu body aku time ni, nampak slim. wahaha~ NAMPAK ok? btw, latar belakang sekali lagi ganggu. haha. ni baju dinner aku waktu kat Matrik. tak expect lak na kena perform malam tu, kalau aku tau, aku cari baju blink blink sikit. haha. :)


aku rasa kalau paling latest pun, yang ni laa~ puasa tahun lepas. gambar ni amik dekat Seremban, jejalan dengan BESTIE kat sana. :) bole ke gambar ni? tak terlalu lama ke?

ok, tu je la yang ada pun. amacam? betul x terlampau lama? haha. tak pe la, tak penting pun benda tu. :) hehehe~ ok la, rasa da cukup untuk aku berceloteh kali ni.

btw, sapa yang rasa na join tu? anda sangat-sangat lah dialu-alukan! :) haa~ tanda seru lagi. 

adios amigos, byebye :)

 

: : Nur Diyana Mukhtar : : Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei