: : SAYANG semuanya : :

Friday, 15 April 2011

luahan HATI

at Friday, April 15, 2011 10 celoteh
salam sejahtera warga followers yang disayangi.

tak kesahlah manusia tu cantik ke buruk ke, gemuk ke kurus ke, hitam ke putih ke, pendek ke panjang ke, tapi mesti akan melalui saat-saat yang genting, seperti dalam kegembiraan yang teramat sangat atau dalam kesedihan yang mencucuk hati dan sanubari.

begitu juga aku yang sangat sedih disaat ini.

-___________________-"

rasa sangat kecewa sekarang ini. aku rasa da satu malam aku xbersuara dan mungkin aku akan teruskan untuk tak bersuara buat jangka masa yang panjang. aku bimbang, jikalau aku bersuara, aku akan bercakap sesuatu yang bukan baik dan akhirnya aku akan menyesal atas kesilapan aku sendiri.

biasalah, bila kita beremosi, fikiran kita tak berapa sihat. kita akan mengeluarkan apa sahaja asalkan ia dapat memulihkan kepedihan di dalam jiwa, walaupun sebenarnya SEDIKIT pun tidak menenangkan. 

kekecewaan di dalam hati ni da tak dapat dibentung lagi. susahnya untuk aku memulakan kata-kata.


sangat susah untuk kita melupakan saat-saat paling getir dalam hidup kita kan?

kadang-kadang ia memakan masa hingga bertahun. walaupun kita cuba untuk melupakannya, tapi kadang-kadang ia kembali menghantui sehingga ia diiringi esakan dan titisan air mata. itulah yang aku rasakan sekarang apabila kasih sayang aku dipijak dan aku rasa sangat terhina sehingga sekarang.

aku tau tak wajar dan paling sesuai TAK PATUT untuk aku meletakkan semua orang di tahap yang sama, tapi apakan dayaku? aku seorang perempuan yang lemah dan tidak mampu untuk menahan segala kesakitan. kadang-kadang aku terfikir kenapa aku diuji sebegitu rupa? kenapa aku orangnya?

mungkin sesetengah orang berpendapat, DIK.. kau masih muda, kau patut lupakan semua ni and tumpukan pada kerjaya kau..

YES, PEOPLE! i did it.. aku buat semua tu. aku belajar rajin-rajin. aku tetapkan dalam diri untuk mempunyai kejaya yang membanggakan, tapi perasaan sayang dan cinta itukan memang telah diberi oleh Allah S.W.T. mana mungkin untuk kita membuangnya sedangkan Dia memang menetapnya? bohonglah orang kalau cakap tiada istilah cinta dalam diri kerana perasaan itu memang wujud, walaupun hanya dia dan Tuhan saje yang tahu.

aku kecewa sangat bila kepercayaan yang aku beri dikhianati.

sehingga kini, aku tak mampu untuk mempercayai 100% kepada sesiapa pun. pada aku semua orang sama je. tapi apa yang aku buat tu salah. ye, aku tau salah, tapi hati ni terlampau sakit untuk diubati dan terlampau susah untuk menukar pendirian ini.

kenapa semua kesalahan itu diletakkan di bahu aku? kenapa semuanya aku yang dipersalahkan? aku bukan Nabi, aku bukan Tuhan tapi aku adalah Manusia. memang, memang aku melakukan kesilapan tapi engkau juga melakukan kesilapan. jangan salahkan aku kalau aku xmampu percayakan kau dan jangan salahkan aku bila aku marah kau. 

aku tak mampu untuk melupakan perkara lama sebab ianya terlampau menyakitkan. aku tak paksa kau untuk memahaminya sebab tak semua orang mampu untuk memahami. 

sehingga kini dan mungkin untuk jangka masa akan panjang, aku akan terus diam dan rawati luka di dalam hati. aku akan teruskan menyepi dari semua orang.

kadangkala, kita patut berada di situasi sebegini kerana bila kita kecewa, kita baru akn tersedar betapa alpanya kita dengan pencipta kita, Allah S.W.T. itulah yang aku rasakan. betapa teruknya aku melupakan kekasih awal dan terakhir aku. hanya Dia yang memahami segalanya. Dia tak pernah meninggalkan kita kan?
kenapa kita selalu meninggalkan Dia? Ya Allah, sungguh aku malu dengan-Mu.



aku mungkin pandai dalam pelajaran tapi aku teramat BODOH dalam cinta.

"Manusia memang kelihatan bodoh bila dikaitkan dengan cinta"

itu kesimpulan yang dapat aku simpulkan.

mungkin sudah tiba detiknya untuk aku melangkah ke dunia yang baru. 

bye.

Thursday, 14 April 2011

malam mencari KETENANGAN

at Thursday, April 14, 2011 8 celoteh
salam sejahtera dan salam satu malaysia.

sudah beberapa hari aku menghilangkan diri, menghanyutkan diri aku dengan exam, aku kembali. :) yippaa! erh, ahli follower bertambah laa.. terima kasih kepada semua yang menjadi follower aku dan aku sangat-sangat hargainya. :) keep in touch k?

btw, semalam aku ada paper kan? well, paper tu memang mengerikan sebab soalan dia sangat-sangatlah banyak dan rasa xcukup tangan na menulisnya. plus dengan hall yang sangat sejuk, jap nak caps lock, SEJUK!!!! ok daa.. :p hahaha

alhamdulillah masih menjawab semua soalan yang diberi dan biasalah aku ni memang suka menjawab, salah betul belakang cerita, janji aku jawab. tu lah kelebihan yang ada pada diri aku. aku akan jawab dan terus jawab. :p ok, aku patut berhenti sebelum orang naik meluat. hahaha.

balik exam aku tidur sampai maghrib! jangan ganggu sebab kalau aku lepas exam memang aku akan tidur sebab otak aku sangatlah penat berfikir dan memerah idea agar jawapan yang diberi menampakkan kepandaian aku ni. grr~ btw, malam tu aku keluar kejap bersama si dia dan si dia belanja tengok wayang. walaweyh! ingat senang ke? :p haha. terima kasih daun keladi.

memandangkan cik mamat tu mengidam ayam goreng, so paham-paham la tempat yang dituju. ahh ye, kami ke Alamanda, Putrajaya. mudah, cepat dan padat. kadang naik bosan jugak, tapi kalau na suruh pergi jauh-jauh tu, terasa malas lak.

 kalau da dapat makan, macam ni la rupanya.. xpandang kiri kanan daa~ orang amik gambar pun xperasan.. apa yang penting, MAKAN!

 ok gambar kedua still muka khusyuknyaa.. aku tengok je, dia buat xtau je~

 ok gambar ni lawak. korang nampak x kekhusyukkan dia makan? hahahaha. :)


filem yang kitaorang tengok ialah SOURCE CODE. kenapa pilih cte ni, satunya sebab HERO dia sangat hensem and jambu. yang kedua sebab macam menarik. macam la kan, tapi ternyata MEMANG menarik uolss! :) walaupun cte dia agak xmasuk akal, plus pening-pening sikit, tapi rasanya wajar untuk aku kasi 5bintang. waahhh~ :)

korang patut pergi tonton cte ni kat wayang. tak pun, download pun bole.. cte dia agak unik sikit. walaupun ada ala-ala cte Deja-vu. penah tgk x? cerita yang nak selamatkan ferry dari meletup tu....

apa-apa pun..

JAKE GYLLENHAAL...

I LOVE YOU!

-______________________________-"

sebelum masuk wayang, aku ngan cik mamat sempat la pose-pose sikit, amik gambar 10 20 keping. erkk~ yang kelakarnya, siap gaduh sebab gambar. ok fine, sangat mengarut. hahaha. :')

 ada orang senyum tak ikhlas. ase na cepuk je! =.=''

 .picture terbaik.

ni konon macam artis laa uollss! bila lagi na melaram. hahahaha. :) btw, aku akan perkukuhkan lagi skill bergambar aku. woww~ mana tau le part-time model ke? bhaha~ tingginya cita-cita.


tapi mungkin sebenarnya aku ni lebih pakar untuk mengambil gambar orang. gambar cik mamat atas ni, aku la yang tangkap. amacam? terbaik x? hahaha. :)

habis-habis tengok wayang, kitaorang terus balik sebab nak bangun pagi and study semula untuk paper minggu depan. :)

ok, cukup sampai disini aku update blog aku kali ni. semoga kita berjumpa lagi di alam maya ni.. 

bye bye. :)

Monday, 11 April 2011

first PAPER for the semester

at Monday, April 11, 2011 12 celoteh
salam dan selamat petang.

detik 8.30 pagi memang detik yang dinanti-nantikan oleh aku kerana bermula la minggu-minggu peperiksaan buat aku dan juga seluruh warga UKM dan pelajar Matrikulasi. aku tak pasti tentang kolej dan universiti dan juga politeknik, kalau korang pun tengah exam, aku ucapkan good luck dan selamat menjawab dengan jayanya. :) kadang-kadang rasa malas na exam tapi pengalaman dia le tahan jugak la menariknya. :p hahaha.

well, aku punyalah semangat dengan tidur awal, seawal jam 1pagi dan bangun kul4.30 pagi, na revise balik semua sebab paper pagi tadi agak mendebarkan jugak laa. bangun-bangun aku gelabah dan bukak buku dan juga FB, well, peneman di tengah pagi. tengok roomate aku bukan main lena lagi, memang la menyalurkan dugaan yang besar kepada aku. tapi tekad tak nak menyesal punya hal, aku pun bukak buku.

tapi sedikit terubat dugaan aku bila online je FB, pergh! ramai lagi xtidur. bukan setakat baru bangun, tidur pun belum. woww~ aku memang respect la korang. cuma aku ni spesies pelik sikit. walaupun kerja menggunung, ke apa ke, aku tak kan TAK tidur. haa~ pada aku walaupun kerja tu penting, tapi tidur pun penting jugak sebab badan kita memerlukan tenaga untuk kita terus berjuang. :) ye tak? walaupun cuma ada sejam dua, tidur la, jangan tahan. tak elok. orang cakap kalau kurang tidur ni, muka cepat tua. 

aku xpasti la betul ke tak, tapi kalau na cuba boleh je. 

-________________________________________-"

memandangkan aku jauh terkantas di pendahuluan, aku sambung la ye.. pukul 6 pagi aku mula gelisah. hati aku ni macam na pecah punya la cepat jantung berdetak, ala ala macam lagu Dewa19 tu.. hahaha~ tak sure lak lagu Dewa ke tak, alaa lirik dia "berdetaknya lebih kencang, seperti genderang mahu perang" haa.. :) gitu laa~

aku pun pergi la siap tenangkan diri, solat subuh dan online. cari ketenangan. masuk hall exam, aku nampak paper soalan, perh~ tebal betul. cukup ke 2 jam setengah ni? aku da risau. sementara tunggu budak-budak lain masuk, aku pun selak-selak la kertas.. banyak gak yang aku target soalan keluar. aku dah bersyukur da.. rasa tak sabar na start. :p huhh yana, tipuu je~ haha.

start 8.30. tapi percaya tak? soalan satu je amik masa hampir sejam sebab soalan kes study. aku da gelisah ni, ada lagi dalam 8soalan xjawab ni. mampus la aku. aku pun speed kelajuan sampai 180 km/j. akhirnya siap 15minit awal sebelum kul11. alhamdulillah. 

nak kata le score A tu tak tau laa.. kadang kita rasa da perfect, tapi bila tengok result, cam hampeh je. jadi aku biasa-biasa je dan bertawakal, itu yang penting kan? :) well, habis satu paper ni memang buat aku lega laa walaupun ada 7 paper lagi menunggu. xpe, xpe yana, kau boleh punya..

well, tu pengalaman first paper aku untuk sem ni. aku tahu ramai baru start paper esok, jadi selamat maju jaya la ye? :D hehe~


ni la antara aktiviti kegemaran aku bila aku dalam kegelisahan ataupun ketakutan. amik gambar banyak-banyak dan paling penting, SMILE! aku rasa korang patut cuba amalkan TIPS yang tak seberapa na CANGGIH ni sebab bila korang gelisah dan amik gambar korang tengah senyum, confirm korang senyum sekali sebab cantik kan gambar korang tu? maksud aku, cantik kan gambar kalau kita ngah senyum. jadi kenapa na cacat kan nya dengan masam? woww~ bajet tak pernah masam la ni kan? :) hahaha.

next paper aku pada hari rabu, paper agak mencabar gak, sebab paper majoring kan? :) ok la kawan-kawan, aku rasa setakat disini je la post aku kali ni. 

calloo bbeeettteee.. byebye


Sunday, 10 April 2011

TRAGEDI makan durian!

at Sunday, April 10, 2011 10 celoteh
salam sejahtera dan salam perpaduan.

bermulalah al-kisah bila sepasang roomate yang kebuluran akibat tidak makan dari tengah hari dan juga pagi. waahhh~ konon rajin shetadi la ni kan? :) hahaha.. tidak sama sekali.. cuma tahap kemalasan yang meninggi tahap dewa telah membuatkan aku dan dia untuk melambatkan waktu makan.

bukan tu yang menjadi persoalan utama sekarang ni. kami berdua telah bersepakat kata untuk keluar makan kul 5petang. kenapa 5petang? itu persoalan yang keluar dari roomate aku dan akhirnya aku menjawab, "mungkin aku suka number 5." :) roomate aku pun ajak la makan NASI BERIYANI GAM kat Sek15, Bangi tu. aku tak pasti kenapa nama dia ada GAM kat hujung, if sesiapa tau, share2 le information dengan aku. tak baik kedekut ilmu.. haha~

nak dijadikan cerita, keluar je dari gate utama UKM, kami pun melilau la pandangan, melihat pemandangan yang terbentang luas dihadapan kami, lalu kitaorang pun ternampaklah gerai durian. yang menariknya gerai durian ni, dia ada meja untuk makan. kitaorang pun tergagam dan terus terliur untuk makan. kitaorang pun pergi makan NASI BERIYANI dan bersetuju untuk makan durian masa balik ke UKM balik.

sesudah makan Nasi Beriyani, muka kitaorang pun happy la sebab na makan durian. tambah lagi asyik baca post orang je cakap durian tu la ni laa, kami pun na balas dendam laa.. tambah-tambah esok jam 8.30 pagi ada exam.

mula-mula bajet la sikit aannn, tanya durian kelas D24, sekali harga xnak mahal lagi lak, RM19 sekilo. aku ngan roomate aku macam terkejut dan terpinga, pe kes mahal sangat ni.. pastu sebab kitaorang ni student yang berjimat cermat, kitaorang pun turun la ke gred D101, terkejut gak sampai RM15 sekilo. eisshh~ asal mahal sangat ni..

ni lah rupa orang BAHAGIA bila dapat makan ddeeerrriiiaaannn! :)

akhirnya kitaorang mengambil keputusan untuk makan yang longgok je. naahh haamiikkk kau! tadi berlagak sangat tanya yg gred2 standard gituu.. hahaha~ kami mintak dua biji RM10 punya. amik la sebiji dulu dan makan. ye laa.. kot2 bukak 2biji terus, sekali xhabis, payah laak kan? so makan dulu n t da hbis amik la sebiji.

ni la rupa durian yang kitaorang kekaahh tadi. =) isinya sedap. boleh laa, na banding ngan D24 xle laa~ haha

habis sebiji. lega~ xpuas lagi. roomate aku pun mintak la lagi sebijik. mintak2 da dapat tu, dia cakap, asal yg ni besar? aku pun malas na pikir pape, makan je laa~ memang besar laa.. n isinya lagi tebal dari biji yang first tu.. lepas makan, aku pun pergi la na bayar, sekali dia sebut RM25.

aku macam.. hah??? bukan 2biji-RM10? dia pun mulalah ayat pusing-pusing dia belit macam keling. aku dah malas na gaduh sebab durian da ada dalam mulut + perut kan? aku diam je laa~ pastu dia cakap xpe laa.. RM20 je.. aku pun cakap terima kasih dan roomate aku dah panas hati sebab kena tipu!

dah la pakcik tu gatal. mula-mula aku ingat dia na ramah pe, sekali ayat dia macam pelik2 je keluar. aku pun diam je last sekali sebab takut dia lebih-lebih pulak nanti.. pastu kena tipu pulak.. pergh!

-________________________________________________-"


ni la roomate aku yang tersayang, Azwana bt Gombak@Atan. dia ni SAHABAT aku since zaman Matrikulasi lagi, dan, paling penting sekali, da biasa da menyetan dengan dia ni.. muka roomate aku yang xpernah2 kelihatan bahagia macam ni sekali. haha :) memang puas dapat makan durian tadi. hilang segala stress! *konon* :p

aku yang comel dan gemuk tak juga turut ketinggalan untuk menjadi seorang wanita yang bahagia gitew! :) well, pakcik kat belakang tu pandai Act kan? :) haha.. btw, ni muka bahagia sebelum kena gebang.

moral of the story nya, jangan lah pergi makan dengan kawan perempuan je. kena bawak jugak kawan laki, kalau x kena tipu! aku da kena, korang na JUGAK ke? haha.

gambar ni pakcik gatal tu tau yang tolong amikkan. dia yang offer na amikkan gambar. kitaorang pelik gak sebab dia baik semacam dengan kitaorang. ngan budak perempuan depan kitaorang dia buat xtau je. hurrmm~ mungkin sebab kita chantek berseri x? haha :)

-_______________________________________________-"

berseri ke tak ke, tu belakang cerita, yang penting kitaorang kena tipu.

sekian, byebye
 

: : Nur Diyana Mukhtar : : Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei