puisi ini adalah kenangan kita.
kenangan di waktu kita bersama
disaat kita tumbuh hijau,
disaat kita jatuh cinta,
KHAS BUATMU, CIK MAMAT.
selalu di dalam hatiku.
wajahmu yang damaikan hatiku.
berharap kita akan bersama
dalam satu ikatan rasa
kerana cinta telahpun menyatukan kita.
genggamlah hatiku, kekasihku.
jangan biarkan aku pergi
sehingga tidak sanggup untuk aku menjauh darimu
kekasih, sedarkah engkau tentang itu?
malam itu kau tersenyum,
begitu indah dan tampan dimataku
bahpun rembulan pun menundukkan cahayanya,
dalam kesayuan dirimu.
kasih,
fahamilah setiap apa yang ku katakan,
senandung cinta kita aku nyanyikan,
berharap engkau setia menemaniku,
hingga ke akhir nanti.
sentiasa untuk ku hindari menoreh luka lama,
namun bersamamu,
aku rasa indah selalu,
aku rasa bahagia selalu
semalam, sekarang dan akan datang.
segala ungkapan yang keluar dari hati
tiada apa-apa
cuma terlalu lama telah ku pendem
cuma terlalu lama telah ku simpan
dan kini aku mahu kau tahu semuanya.
akan ku intip kau selagi ku daya,
bercengkrama di dalam hati,
andai ku bisa mempunyaimu,
itu adalah takdir nikmat bagiku.
kau adalah keindahan,
yang menghiasi duniaku,
memandangmu, aku berharap masa akan berhenti berputar.
kau adalah jejak,
yang mengikuti langkahku.
kau adalah denyut,
yang mengiringi jantungku.
kau adalah air mata,
yang mengiringi tangisanku.
kerana kamu sentiasa dihatiku.
duhai malam,
jangan kau redupkan sinar dihatinya,
untuk selalu menjadi cahaya cinta dihatiku,
hapuskanlah segala gundah dan resah di dalam jiwa,
mekarkan bunga-bunga kerinduan dalam asmara
duhai dingin,
jangan kau sembunyikan cintanya daripadaku,
kerana dia sentiasa hadir dalam mimpiku,
naikkan cinta yang ada di hati,
nyanyikanlah lagu cinta di setiap sudut hati ini.
duhai sayangku,
berikan aku setangkai kelembutan jiwa,
untuk mampu ku ungkap segala yang tersisa,
sampaikan ungkap-ungkap jiwa melalui gelung-gelung rindu,
mengungkap aku sentiasa merinduimu.
sesuatu yang tak bisa diucap,
jangan dipaksa untuk diucapkan
sesuatu yang tak bisa diucapkan,
hanya perlu difahami sahaja,
kerana masih banyak perkara yang perlu kita ungkaikan,
dalam mencari ketulusan hati.
berdirilah disampingku,
dan terangi setiap jalanku,
seperti Adam yang menerangai Hawa-nya
seperti aku, yang tulus menyayangimu. :)
10 celoteh:
drp cik mamat : awak buat saya terharu lagi dan lagi dan lagi..terima kasih untuk ini..awak sangat sweet..:)
selain cik mamat nak komen boleh??
alalala jiwangnya kakak yana
SO SWEAT!!
hey rmbut lurus..haha
owh sweet nyee....
yana g cute lw rmbut lurus...cm bdak2 ckit...:p
wahhhh....kat ukm hang ambil kursus ada kena megena dgn puisi ke....ahakz....
jom kita pow cik mamat belanja laksa kat depan sony tu....ahakz...best oooo
wahh, saya terharu. terima kasih. :)
farid: apa sweet2? :p ingat ni gula2? hehe..<3
bella, hai.. saya rambut xbpe na lurus.. haha.. :) nanti aku luruskan balik.. terima kasih komen, walaupun SWEAT! :p haha
mia, ye ke? hehe.. nanti aku luruih balik rambut aku.. :D
jabetaja, ada sesetengah benda xpayah belajar pun hebat.. :p *konon* hahaha~ sedap ke laksa tu? xpenah cuba lakz~~
wana, sama2.. :p haha..
Post a Comment