: : SAYANG semuanya : :

Thursday, 28 April 2011

NAIK PUBLIC TRANSPORT? erkk~

at Thursday, April 28, 2011
salam sejahtera dan salam pagi BUTA buat warga follower.

di samping aku bersengkang mata study untuk paper terakhir untuk tahun dua ni kan, aku pun mengambil kesempatan untuk meng"update" blog aku semasa waktu rest. haa~ amik kau.. masa tak dibuang begitu sahaja la kononnya ni. :) agaga.. tadi sebelum balik bilik, aku beli nescafe 2 tin, jadi aku tu bermakna aku na stay up sampai pagi esok. :D waahh~ semangat pulak di paper akhir ni. nak buat camne, paper MAJOR babe.

:)

btw, aku xnak masuk hal study kat sini, sebab nanti aku dituduh bakal budak dean. jangan camtu wee, aku low profile jaa~ naib dean pun aku le terima lagi. hahaha. ok, aku merapu.

-________________________________________-"

anyway, tadi aku hantar roommate tersayang ke HENTIAN KAJANG, al-maklumlah dia da habis exam petang tadi and memang xsabar na balik johor sampai sanggup amik tiket tengah malam. disebabkan aku usya beg dia yang sangat banyak + bas yang diambil agak lewat malam, aku pun pelawa lah diri untuk menghantar beliau ke STESEN BAS.

dah kawan karib kan, aku anggap macam adik aku sendiri sebab dia ngan aku kawan lama da, so, takkan na kawan time senang je, susah pikul la sama-sama, kan? ahahaha. sejatinya aku ni. :P back to the motif, aku ajak la ateh aku, yang bernama Nabila Izyani untuk teman aku hantar roommate aku ni, risau lak sebab situ kawan pekerja kilang, hurmm, pekerja asing duk. so, aku rasa tempat tu agak crime sikit. bukan sikit laa, jujur, banyak.

lagipun, aku memang da agak yang aku akan BAKAL lama dekat HENTIAN KAJANG tu, sebab naik je bas kemana pun, kau mesti kena tunggu berejam, pe motif pun aku xpaham, yang penting aku sangat menyirap!

ok, ni kali kedua aku tunggu bas hantar member.. aku tak berani tinggal dia sorang-sorang.. walaupun dia kuat ke, gagah ke, NO WAY!

bas sepatutnya jam 11.30 malam. korang bayangkan, kitaorang 3 orang perempuan tunggu kat situ dari kul11.15 sampai 12.40?? tak rasa macam WHAT THE HELL ke? ni memang sangat melampau. da lama sangat kitaorang melepak kat situ, bercerita, mengumpat, ehh~ tercakap pulak. 

-__________________________________-"

lepas tu, kitaorang angkut la beg masuk kereta balik sebab na g jalan ke 7-E and lepak kat warung burger tepi jalan tu. biasalah, kalau da marah tu, dia turun ke perut, dan akhirnya membuahkan kelaparan. lepas aku masukkan beg roommate aku tu, adalah datang budak tu tanya kenapa simpan dalam kereta.. aku pun amiklah peluang SOUND dia.. ahahaha~

pekerja: akak, akak nak g mana ni? tunggu bas g JB kan?
aku: haa..ye laa~ ni apa cite ni sampai sekarang tak sampai-sampai?
pekerja: erkk~ bas na sampai da kak, baru pas col, dia cakap na sampai daa..
aku: jangan na main-main eh, kitaorang ni perempuan, tunggu bas sampai dekat kul1, janji lain, sampai lain, ingat xbahaya ke kitaorang duk sini lama-lama? gelap.
roommate: bas lambat lagi ke?
pekerja: na sampai daa..
roommate: kitaorang na makan burger dulu, sempat x?
pekerja: sempat-sempat, g la makan dulu. tak pe, kitaorang tunggu.

selamat roommate aku ni pandai mencelah supaya aku diam. kalau tak lagi teruk aku maki. agak-agak la babe, bosan kot tunggu benda yang tak kunjung tiba. dah tu pulak, baru jalan na g beli burger, bas sampai lak. eii! main-main lak dia.

-_________________________________-"

ok, pada pendapat aku laah, bila kerajaan asik promote untuk kerapkan naik public and so on, aku jadi terfikir, kenapa na suruh orang naik public, tapi pengangkutan tu xmenyenangkan orang? macam contoh KTMB, selalu delay, bila sampai penuh orang. dah la tengah sesak, air-cond lak off! apa jadahnya tu?

kedua, bas g bandar. bas kalau dapat cam RAPID-KL ok lagi laa~ tu pun kadang jarang-jarang, bawak bapak laju, selamat xle drift je. tapi cuba naik bas MINI ke, METROBUS tu ke, ya Allah, usah kenang lah.. kusyen tu boleh angkat! tu satu hal, pintu rosak la, air-cond xde laa, sampah penuh la.. pergh~ macam ne orang na naik? tak selesa laa..

belum masuk BAS EXPRESS lagi.. macam ne? haa.. macam yang berlaku kat aku tadi laa~ ada aja alasan yang diberikan. kalau mintak maaf xpe, ni buat muka selenge and marah orang balik. sakit hati bhai!


tu baru yang sampai lambat. yang asyik ACCIDENT? memang la ajal maut tu xkira tempat, masa dan bagaimana, tapi kita mesti macam jaga-jaga gak kan? mesti rasa takut gak.. bukan na tipu lah, aku rasa korang pun mesti pernah lalui, aku drive dari kelantan nak balik KL, sekali bas potong kereta MYVI aku, yang aku pecut 130km/j. yang paling penting aku na HIGHLIGHT kat sini, tak sampai 10minit, bas tu hilang dari pandangan aku.

korang boleh bayangkan x cepat cmne dia bawak? mana lah tak accident? bas 2 tingkat, laju pulak. aku yang kecik pun kalah. bahaya semua.

jadi macam mana? macam mana na yakinkan masyarakat untuk naik bas? atau lebih tepat public transport? aku rasa kerajaan patut banyak perbaiki perkara ni agar masyarakat akan lebih berminat untuk naik transport. pada aku, kalau publis transport ok, aku sendiri pun akan suka naik. sebab pada aku, naik public ni lagi best dan tak penat macam drive. rileks je~ betul x? korang setuju x?

23 celoteh:

ayied farid on 28 April 2011 03:28 said...

nasib baik tak terjadi apa-apa pada kamu semua. jangan pergi kalau tak g ramai2 lain kali ok. :)

DiyanaMukhtar on 28 April 2011 03:33 said...

farid, ok.. akan pastikan ajak ramai2 konvoi antar orang.. :p haha

ayied farid on 28 April 2011 03:37 said...

buat rombongan cik kiah terus..haha :P

nabila izyani on 28 April 2011 03:43 said...

naseb bek wana selamat naik bus.. kalu tak kita angkut dye balik ukm balik..hahahha

sepatutnya pihak2 yang terbabit harus mengkaji dlu sistem yang ingin diwar2kan.. jika memberi kepuasan dan keselesaan baru laa buat kempen gunalaa public transport tu..

alamak terpanjang pulak komen..hahaha

DiyanaMukhtar on 28 April 2011 03:52 said...

bella, aww! soo sweeeettt.. haha :p betul2.. aku setuju sangat.. ni kempen je lebih.. =.='' macam manaaa..

zacky ~786~ on 28 April 2011 04:24 said...

kito bako jerr bas tu..~ hahaha

DiyanaMukhtar on 28 April 2011 09:14 said...

kita bakor! ahahaa..

c0m0t on 28 April 2011 10:46 said...

senget pe bus tu..hahah

DiyanaMukhtar on 28 April 2011 10:55 said...

comot, bas tu na kena terbalikkan dulu baru sedar kot.. hakhak..

::cik ZH:: on 28 April 2011 13:35 said...

kerajaan kena kasi servis baik utk public transport pastu baru dok promote2 suh naik..ape daa...menyusahkan org jer...

DiyanaMukhtar on 28 April 2011 13:50 said...

cik ZH, tau xpe.. rasanya ramai yg biasa kena macam ni ngan pihak2 cmtu..

akuwanblur90 on 28 April 2011 21:31 said...

waa. kesiannyta.. bersimpati kepada nada blogger Dityana

DiyanaMukhtar on 28 April 2011 21:46 said...

wan, haha.. time kasih kerana bersimpati.. =.=''

Rozuan Ismail on 28 April 2011 23:16 said...

nama pon public transport..sgt tak tepat masa..ajal kat mana2

p/s amboi nak pakej sume jenis laki ye..lelaki kelakar?farid le tuh

DiyanaMukhtar on 29 April 2011 00:42 said...

wan, tau xpe.. btw, farid xlawak.. :) ahahaha

jeBateja on 29 April 2011 12:38 said...

begitu lah Malaysia.....kalau kerajaan tak bertegas macam Singapore ni....alamatnya...sampai bila2 le kita duk takuk tu...

hentian Kajang tu...hari2 ada kes pecah rumah....sangat bahya oooo...

Far8 budak baik on 30 April 2011 18:03 said...

tu ar pasal..dah ar bas capuk..
terhenjut henjut..haha
gudluck exam kau..
nasib ada bas kn..
kalau tak jln kaki dahh haha

adwafarahin on 1 May 2011 07:17 said...

yup btl2
x oenat badan nek public transport..cume duit kene kua sket
:)

Rozuan Ismail on 5 May 2011 14:39 said...

nama anda disenarai buat masa ni utk top 15 pengkomen tegar blog sy.masih ada 3 hari lagi untuk berebut top 10 pengkomen tegar

Azwana's Noit Noit on 6 May 2011 01:11 said...

azwana sudah selamat pulang semula ke UKM. he he he :)

NUR AIN AZMAN on 4 June 2011 16:25 said...

nasib baik tak terjadi apa-apa pada kan. xpe, jnji selamat semua nya

Btw, sorry late follow blog yana yg baru neh

jrg blogging ritu =.=

HAVE A NICE DAY cik yana

^__________________________^

shopaholic love on 18 June 2011 12:55 said...

yep been there. ari tu tgu bas from KT blk kajang 2 jam tunggu!!! panasss betul!

*****

dropping by to say hello!
p/s
please visit our new online store at

www.shopaholiclove.com

don't forget to 'follow' us! thanks a million for your support!

xx

hasnin naajihah on 16 December 2011 14:45 said...

akak yana!!!!xjumpe pon facebook akak...:(

 

: : Nur Diyana Mukhtar : : Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei