: : SAYANG semuanya : :

Monday 18 April 2011

pengorbanan seorang SAHABAT

at Monday, April 18, 2011
salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

aku kembali muncul setelah satu malam memulun menghafal term-term untuk exam Marketing pagi tadi. waahh~ bukan main lagi sampai tidur pun tak lena kan? tidur pun dalam keadaan ketakutan dan diselubungi kerisauan. bangun trus xtdur sampai masuk Hall Exam. masuk-masuk rasa gelisah macam soalan yang bakal ditanya macam macam macam susah.

aku punya gempak bajet exam 2 jam 30 minit. da siap-siap ni bahagi masa, kat soalan ni berapa lama, sini berapa lama. tapi setelah sejam exam aku mula, dan aku masih di soalan kedua part a, baruku tersedar yang exam aku ni cuma 2jam je. aku ternampak papan board kat depan tulis 2jam. aku usya la semua kertas yang ada tulis masa yang diberi. sekali......

HAAHLAAAAA!!! 2 JAM JE! 

-____________________-"

dem! tak penah-penah jadi cmni pe hal le alpa lak ni? ayat canggih kan? haa. anyway, aku pun bukan terus speed 180km/j da ni, aku da selaju kereta F1 da koottt.. dengan Hall yang seram sejuk, aku berlari pantas. paling laju, aku rasa dalam 340km/j. :p haha.

btw, selamat exam aku tu, aku jawab semua. salah betul tu belakang cite sebab aku bukan penanda jawapan. haha. xpe la, balik-balik penat sangat berlari, aku pun tidur la sampai asar. ni bangun-bangun ni na update blog la nye pasal sebab malam-malam sat lagi na pulun balik, esok ada 1 lagi paper yang agak tercabar dengan aku.ok, bukan aku yang tercabar, tapi beliau. beliau siapa? beliau ialah encik Prinsip Kewangan Korporat.

apa-apa pun, tujuan aku update kali ni bukan na cerita sal study, bukan na cerita sal exam, tapi aku na cerita sal sahabat. :) seorang sahabat yang memang seorang sahabat dan akan kekal sebagai seorang sahabat. haa~ nampak x kat situ? seorang sahabat yang sangat sahabat. hikhik.

actually...........

aku sangat terharu dengan pengorbanan seorang kawan baik aku. kat sekolah tak rapat pun, suka gaduh baik camtu laa.. tapi since kitaorang contact balik, jadi rapat lak. kenapa aku terharu? ok, aku sangat terharu bila dia sanggup datang dari Puchong ke Bangi, ok, tak jauh sangat, tapi setengah orang rasa sangat jauh, dan aku rasa walaupun masih dalam area Selangor, aku still terharu sebab dan sebabnya, dia masak lauk favourite aku dan bawak ke sini, ye..ke UKM dan kasi aku makan!

aku penah mention dekat post yang lepas ada member na bawak g SG CONGKAK, dia lah orang nya, tapi xjadi tapi takpe sebab dia datang sini pun aku da rasa na nangis terharu.

:')

sumpah terharu. dia cakap sebab dia tgk lately aku stress je ngan study. plus aku asik sebut sardin je kat dia. akhirnya dia datang sini dan kasi aku makan, and lepak bersama-sama dengan aku buat seketika. terubat rindu dekat mak sebab kawan aku macam mak aku. 

:) aku memang seronok sangat! tak makan dari pagi sebab dia cakap na bawak nasi ngan sardin. ok, sardin ialah lagu kegemaran aku. tapi mengada sikit, sardin AYAM BRAND. :p hahaha. bila dia bawak makanan, nahh kau! menambah NASI haaaa~ sardin pun menambah. amik kau! hahaha.

macam orang kebulur je cik Diyana ni ek? :p kawan aku cakap, dia seronok sebab berjaya buat aku xdiet hari tu. so aku macam what?? ok xpe, aku memang na makan banyak-banyak hari ni! haha.


dia cakap datang dalam pukul 3 petang, so aku siap-siap la around kul 2 lebih tu. mana tau kot-kot sampai awal ke? walaupun aku tau dia memang janji Melayu. :P hahaha. mintak ampun mintak maaf. sekali tak sampai-sampai laa.. aku pun snap-snap la dulu muka aku. wahaha~ asal muka macam orang na tidur je? 

-_________________-"


 opts, kawan aku ni da kawin sebenarnya, lupa lak na mention tadi. sebab tu la perangai dia macam mak sikit kot. romantik je giteww~ haha. :) ni anak dia yang first, lincah gila. aku tengok pun penat and lawak sebab anak dia sorang je panggil aku Auntie. =.='' ok, aku terasa tua disitu. walaupun aku rock, tapi aku Auntie. haha :P

waktu aku na amik gambar ni aku cakap "kakak, cepat-cepat, auntie na amik gambar." dia pun berdiri tegak tersengih sengih and na buat peace. haa tengok laa dia duk pilih jari na buat peace. comel gle! haha

anyway, nama dia YAYA. :)


haa.. jadi pun peace dia! aku jeles tengok lesung pipit dia. menggoda aww! hahaha :) btw, lepas aku tangkap gambar dia ni, dia boleh mintak na tengok balik. haha :D cepat betul matangnya. harap-harap anak aku nanti camtu laa jugak. Insyaallah.



ni anak kedua dia. amboi! berbeda dengan akak dia YAYA tadi. cengih~~ baru hulur tangan da menangis-menangis da tak nak. ok dia tak nak. down! =.='' yang ni nama dia QIQISH. mula-mula aku tengok dia aku gelak, comelnya rambut dia. ahaha. jahat mama buli ikat camtu.. :P

dah laa aku xder sifat-sifat emak lagi, sekali dia nangis, gelabah la aku. ok, aku masih belum layak untuk kahwin. haha~ jangan kawin lagi, xmatang lagi ni.


gambar selepas makan. haha. hampir licin kan? :) aku rasa paling banyak makan, aku kot? ye laa..xkan yaya lak kan? hikhik :p btw, masakan dia sedap. aku rasa cam na suruh masak lagi je lain kali. hahahaha :D gurau je~


sampai tertidur-tidur anak dia dua-dua sekali sebab kepenatan. sorang sebab penat berlari dan bergurau dengan Uncle John dan sorang lagi sebab banyak sangat nangis kot. :P haha.

kadang-kadang aku tak sangka, aku da jadi Mak Cik la wee. Auntie la glemer sikit. hikhik 

:)



gambar bestie aku dengan lebih dekat lagi. :) hehe~ tak ramai kawan aku yang mampu buat aku terharu tapi yang penting, dia sangat berjaya dan aku takkan lupa sampai bila-bila. :D haha. qila, nanti anak kau masuk U, aku g melawat bawak nasi ngan sardin gak..


part aku paling suka ialah part TAPAU. ok tapau. yang bermaksud bungkus. ok, da makan banyak + bungkus untuk makan malam lagi, memang aku tidur lepas isyak la jawabnya. hahaha.

apa pun, aku sangat gembira semalam dan aku sedar bahawa orang yang mungkin kita tak gemar suatu ketika dahulu, mungkin akan jadi orang yang sangat close dengan kita. macam aku dengan dia, serius tak rapat mana pun dulu zaman sekolah, siap gaduh, anti-anti lagi. hahaha. kelakar la ingat balik. :)

oleh itu, hargailah semua yang berada di depan mata anda sebab beliau mungkin seorang yang bakal anda sayang di masa depan kelak. dan aku? aku sangat sayang kawan aku sorang ni dan aku rasa dialah kawan pertama yang berkorban macam ni dekat aku.

QILA, andainya aku mampu balas jasa kau, aku akan balas sebab aku rasa terhutang budi dengan kau.

:') touching sikit. hehe.

ok la, sampai disini saja aku berceloteh untuk kali ni.

byebye.

p/s: sedang addicted dengan lagu JUST CAN'T GET ENOUGH-B.E.P. walaupun lirik agak lucah tapi aku xamik port sangat pun. just aku suka tone dia and kalau yang part tak lucah tu, romantik pe? :) kan kan? ok, sila setuju.

8 celoteh:

adwafarahin on 18 April 2011 at 18:36 said...

seronok dpt kawan cmnie

btw anak2 die sgt comel :)

DiyanaMukhtar on 18 April 2011 at 18:47 said...

adwa: kan? :) kalau ada kawan camni, kita jangan lepaskan tau! haha.. haar.. comel sangat..

ashraf (SIR) on 18 April 2011 at 19:52 said...

perghh...cakap kat dier abang nak kawan ngan dier.time abang tak der duit nak makan sardin t, abang nak kawan ngan dier.ok? hehehe. comel anak dier!!!

DiyanaMukhtar on 18 April 2011 at 20:08 said...

hahaha.. :) ni xikhlas ni.. :P hahahhaa~ comel sgt!

jeBateja on 19 April 2011 at 00:22 said...

den ada satu cadangan...lain kali exam...hang buat TOYOL jerk....ahakz....bagi masa 1 jam pun leh sempat siap...ahakz

DiyanaMukhtar on 19 April 2011 at 00:50 said...

hahaha.. bernas idea ang.. :p mintak simpang wee.. xpasal xgrad aku t..

a r e s on 19 April 2011 at 09:09 said...

fuyoo terharu

DiyanaMukhtar on 19 April 2011 at 18:27 said...

kau pun terharu gak? hahaha

 

: : Nur Diyana Mukhtar : : Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei