: : SAYANG semuanya : :

Friday 8 April 2011

muncul balik.

at Friday, April 08, 2011
salam sejahtera semua.

perhh~ muncul dengan blog baru. time ni jugaklah kan aku na buat blog baru. tapi betullah kata bak kawan baik aku, mengikut kajian yang dijalankan oleh beliau dan orang zaman dulu-dulu, time na exam laa student cenderong nak buat sesuatu yang tak dibuat semasa masa lapangnya. student mana? aku lah tu. :) haha. menghilangkan diri semasa minggu pengkuliahan dan muncul semasa minggu study week, lebih tepat lagi, bulan peperiksaan. waahh~

berkisah mengenai kehidupan aku sekarang, hurmm~ masih macam dulu cuma sekarang agak kelam kabut, plus aku sendiri yang macam ribut. :p haha~ ada buku yang tulis-tulis apa yang buat hari-hari tu, orang panggil pe ek? diary ke? ok la, aku gelarkan diari. haa! dengan wujudnya diari aku tu pun, masih huru-hara hidup aku sem ni, bayangkan kalau takde, mungkin aku da kurus kering sebab terkejar-kejar macam PM.

atau pun PM juga terkejut dengan jadual aku yang terlebih padat dari jadual dia sendiri. haha. :) berkisar kembali dengan exam aku yang bakal bermula isnin depan, aku pra-tonton sedikit jadual exam aku ni.



tengok kepada jumlah, ada 8 paper, da cukup mencekik darah aku. tapi bila dilihat pada 22hb yang ada 2paper, boleh buat aku ketawa kegembiraan. dugaan sungguh semester ni. sudahlah aku mengambil 26unit, yang dianggap gila oleh sesetengah orang *atau mungkin aku memang tak waras*, diduga pula jadual exam yang sangat membanggakan ini. yippaaa~ :D

dalam banyak-banyak paper, yang paling aku risau sekali, paper analisis pelaburan. bukanlah na cakap yang lain tu aku tak takut, tak risau sebab semuanya sama je, tapi aku dapat rasakan paper analisis pelaburan ni agak mencabar untuk aku mendapatkan atau lebih manis lagi memperolehi gred yang cantik. walaweyhh~ dasyat aku bercerita kali ni. :p

na study tak de mood, na cakap malas, so menulis je laa jalan yang ada. hurmm~ mungkin lepas ni aku le adaptasikan dengan menulis apa yang aku da ingat untuk exam? MUNGKIN laa~ *hipokrit sungguh* haha.

aku kadang-kadang terfikir macam mana orang boleh mengadap buku sampai 24/7 sedangkan aku bila buat kerja lebih sikit je, aku jadi na muntah. ni serius tau. bukan tipu-tipu. kalaulah ada golongan sedemikian yang baca nurkilan aku ni, silalah beri cadangan yang bernas supaya aku dapat muhasabah diri aku sendiri. terima kasih. :)



maka muncullah muka malas study aku macam diatas ni. haha. :)

ok la, aku berhenti disini dulu disebabkan hari ni aku belum study lagi. tidur kul4pagi, bangun kul12, ok, 6jam. ok la tu kan? semoga aku dapat belajar selepas ni dan dapat makan. makan? hurmm yee.. kelaparan. perut dah berbunyi macam lagu BLACK EYES PEAS ni. haha. bye bye. :p

6 celoteh:

a r e s on 9 April 2011 at 12:12 said...

harge mem ye? hahaha!! moh la kta bncg kt tmpt laen.

DiyanaMukhtar on 9 April 2011 at 14:05 said...

tetibe blas sal harga.. haha.. :) ok2..

milzamghazali on 9 April 2011 at 17:46 said...

ehehe. ingatkan aku paling last exam kat ukm ni, rupanya ada yang lagi lambat. yes!!! ada geng. haha.

DiyanaMukhtar on 9 April 2011 at 17:50 said...

hahaha~ kau last ble? jangan cakap 28hb.. haha

En Hazwan & Cik Syazz on 15 April 2011 at 14:54 said...

muke selebet pun comel betul anak Encik Mokhtar ni.haish

DiyanaMukhtar on 15 April 2011 at 15:14 said...

selebet.. hahaha~ lama xdgr perkataan tu.. but, thanks.. :P

 

: : Nur Diyana Mukhtar : : Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei