: : SAYANG semuanya : :

Friday 15 April 2011

luahan HATI

at Friday, April 15, 2011
salam sejahtera warga followers yang disayangi.

tak kesahlah manusia tu cantik ke buruk ke, gemuk ke kurus ke, hitam ke putih ke, pendek ke panjang ke, tapi mesti akan melalui saat-saat yang genting, seperti dalam kegembiraan yang teramat sangat atau dalam kesedihan yang mencucuk hati dan sanubari.

begitu juga aku yang sangat sedih disaat ini.

-___________________-"

rasa sangat kecewa sekarang ini. aku rasa da satu malam aku xbersuara dan mungkin aku akan teruskan untuk tak bersuara buat jangka masa yang panjang. aku bimbang, jikalau aku bersuara, aku akan bercakap sesuatu yang bukan baik dan akhirnya aku akan menyesal atas kesilapan aku sendiri.

biasalah, bila kita beremosi, fikiran kita tak berapa sihat. kita akan mengeluarkan apa sahaja asalkan ia dapat memulihkan kepedihan di dalam jiwa, walaupun sebenarnya SEDIKIT pun tidak menenangkan. 

kekecewaan di dalam hati ni da tak dapat dibentung lagi. susahnya untuk aku memulakan kata-kata.


sangat susah untuk kita melupakan saat-saat paling getir dalam hidup kita kan?

kadang-kadang ia memakan masa hingga bertahun. walaupun kita cuba untuk melupakannya, tapi kadang-kadang ia kembali menghantui sehingga ia diiringi esakan dan titisan air mata. itulah yang aku rasakan sekarang apabila kasih sayang aku dipijak dan aku rasa sangat terhina sehingga sekarang.

aku tau tak wajar dan paling sesuai TAK PATUT untuk aku meletakkan semua orang di tahap yang sama, tapi apakan dayaku? aku seorang perempuan yang lemah dan tidak mampu untuk menahan segala kesakitan. kadang-kadang aku terfikir kenapa aku diuji sebegitu rupa? kenapa aku orangnya?

mungkin sesetengah orang berpendapat, DIK.. kau masih muda, kau patut lupakan semua ni and tumpukan pada kerjaya kau..

YES, PEOPLE! i did it.. aku buat semua tu. aku belajar rajin-rajin. aku tetapkan dalam diri untuk mempunyai kejaya yang membanggakan, tapi perasaan sayang dan cinta itukan memang telah diberi oleh Allah S.W.T. mana mungkin untuk kita membuangnya sedangkan Dia memang menetapnya? bohonglah orang kalau cakap tiada istilah cinta dalam diri kerana perasaan itu memang wujud, walaupun hanya dia dan Tuhan saje yang tahu.

aku kecewa sangat bila kepercayaan yang aku beri dikhianati.

sehingga kini, aku tak mampu untuk mempercayai 100% kepada sesiapa pun. pada aku semua orang sama je. tapi apa yang aku buat tu salah. ye, aku tau salah, tapi hati ni terlampau sakit untuk diubati dan terlampau susah untuk menukar pendirian ini.

kenapa semua kesalahan itu diletakkan di bahu aku? kenapa semuanya aku yang dipersalahkan? aku bukan Nabi, aku bukan Tuhan tapi aku adalah Manusia. memang, memang aku melakukan kesilapan tapi engkau juga melakukan kesilapan. jangan salahkan aku kalau aku xmampu percayakan kau dan jangan salahkan aku bila aku marah kau. 

aku tak mampu untuk melupakan perkara lama sebab ianya terlampau menyakitkan. aku tak paksa kau untuk memahaminya sebab tak semua orang mampu untuk memahami. 

sehingga kini dan mungkin untuk jangka masa akan panjang, aku akan terus diam dan rawati luka di dalam hati. aku akan teruskan menyepi dari semua orang.

kadangkala, kita patut berada di situasi sebegini kerana bila kita kecewa, kita baru akn tersedar betapa alpanya kita dengan pencipta kita, Allah S.W.T. itulah yang aku rasakan. betapa teruknya aku melupakan kekasih awal dan terakhir aku. hanya Dia yang memahami segalanya. Dia tak pernah meninggalkan kita kan?
kenapa kita selalu meninggalkan Dia? Ya Allah, sungguh aku malu dengan-Mu.



aku mungkin pandai dalam pelajaran tapi aku teramat BODOH dalam cinta.

"Manusia memang kelihatan bodoh bila dikaitkan dengan cinta"

itu kesimpulan yang dapat aku simpulkan.

mungkin sudah tiba detiknya untuk aku melangkah ke dunia yang baru. 

bye.

10 celoteh:

En Hazwan & Cik Syazz on 15 April 2011 at 14:40 said...

melangkahlah dengan seribu hela nafas yang lega, kuatkan hati dan padamkan ingatan duka..pegang erat jemari teman tanda sayang untukmu selalu ada..

DiyanaMukhtar on 15 April 2011 at 14:42 said...

terima kasih wani.. i'll try my best..

Mira on 15 April 2011 at 18:43 said...

weyhh, nape ni?? kau jgn la cm ni. tak best la tgk kau sedih sedih.

DiyanaMukhtar on 15 April 2011 at 19:24 said...

biasa lah mira, hidup xsemestinya gembira je.. :)

Mira on 15 April 2011 at 22:37 said...

tahu takpe. i really need a hug weyh. ;'(

DiyanaMukhtar on 15 April 2011 at 22:46 said...

ye ke?? :( come hug me.. i need it too! :'(

Anonymous said...

jgn letak 100% sayang n cinta pada manusia.akhirnya memakan diri. sebab mereka pon manusia biasa mcm kita. bila2 masa hati perasaan tingkahlaku boleh berubah. jaminan itu tidak ada. skng mgkn kata ya esok belum tentu lagi. so tak usah sedey lame2.. tak sedap kowt !hee~

DiyanaMukhtar on 15 April 2011 at 23:42 said...

thanks anonymous.. :) apa yang awak cakap sangat betul! hehe

peqa said...

aku pun dah jadi bodoh.
yana, semua benda dalam dunia ni sementara, kegembiraan itu sementara, kesedihan itu pun sementara, setiap yang berlaku akan tamat. teruskan percaya pada Allah, mungkin waktu kita gembira, kita lupakan dia, sebab tu dia bagi kita kesedihan, sebab kegembiraan yang akan datang itu lebih baik.

DiyanaMukhtar on 16 April 2011 at 12:49 said...

peqa: miss u sangat.. dulu kau la tempat aku nangis.. hahaha~ insyaallah.. skrg aku da agak tenang daa.. ada hikmah semua ni berlaku.. :)

 

: : Nur Diyana Mukhtar : : Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei