: : SAYANG semuanya : :

Monday 11 April 2011

first PAPER for the semester

at Monday, April 11, 2011
salam dan selamat petang.

detik 8.30 pagi memang detik yang dinanti-nantikan oleh aku kerana bermula la minggu-minggu peperiksaan buat aku dan juga seluruh warga UKM dan pelajar Matrikulasi. aku tak pasti tentang kolej dan universiti dan juga politeknik, kalau korang pun tengah exam, aku ucapkan good luck dan selamat menjawab dengan jayanya. :) kadang-kadang rasa malas na exam tapi pengalaman dia le tahan jugak la menariknya. :p hahaha.

well, aku punyalah semangat dengan tidur awal, seawal jam 1pagi dan bangun kul4.30 pagi, na revise balik semua sebab paper pagi tadi agak mendebarkan jugak laa. bangun-bangun aku gelabah dan bukak buku dan juga FB, well, peneman di tengah pagi. tengok roomate aku bukan main lena lagi, memang la menyalurkan dugaan yang besar kepada aku. tapi tekad tak nak menyesal punya hal, aku pun bukak buku.

tapi sedikit terubat dugaan aku bila online je FB, pergh! ramai lagi xtidur. bukan setakat baru bangun, tidur pun belum. woww~ aku memang respect la korang. cuma aku ni spesies pelik sikit. walaupun kerja menggunung, ke apa ke, aku tak kan TAK tidur. haa~ pada aku walaupun kerja tu penting, tapi tidur pun penting jugak sebab badan kita memerlukan tenaga untuk kita terus berjuang. :) ye tak? walaupun cuma ada sejam dua, tidur la, jangan tahan. tak elok. orang cakap kalau kurang tidur ni, muka cepat tua. 

aku xpasti la betul ke tak, tapi kalau na cuba boleh je. 

-________________________________________-"

memandangkan aku jauh terkantas di pendahuluan, aku sambung la ye.. pukul 6 pagi aku mula gelisah. hati aku ni macam na pecah punya la cepat jantung berdetak, ala ala macam lagu Dewa19 tu.. hahaha~ tak sure lak lagu Dewa ke tak, alaa lirik dia "berdetaknya lebih kencang, seperti genderang mahu perang" haa.. :) gitu laa~

aku pun pergi la siap tenangkan diri, solat subuh dan online. cari ketenangan. masuk hall exam, aku nampak paper soalan, perh~ tebal betul. cukup ke 2 jam setengah ni? aku da risau. sementara tunggu budak-budak lain masuk, aku pun selak-selak la kertas.. banyak gak yang aku target soalan keluar. aku dah bersyukur da.. rasa tak sabar na start. :p huhh yana, tipuu je~ haha.

start 8.30. tapi percaya tak? soalan satu je amik masa hampir sejam sebab soalan kes study. aku da gelisah ni, ada lagi dalam 8soalan xjawab ni. mampus la aku. aku pun speed kelajuan sampai 180 km/j. akhirnya siap 15minit awal sebelum kul11. alhamdulillah. 

nak kata le score A tu tak tau laa.. kadang kita rasa da perfect, tapi bila tengok result, cam hampeh je. jadi aku biasa-biasa je dan bertawakal, itu yang penting kan? :) well, habis satu paper ni memang buat aku lega laa walaupun ada 7 paper lagi menunggu. xpe, xpe yana, kau boleh punya..

well, tu pengalaman first paper aku untuk sem ni. aku tahu ramai baru start paper esok, jadi selamat maju jaya la ye? :D hehe~


ni la antara aktiviti kegemaran aku bila aku dalam kegelisahan ataupun ketakutan. amik gambar banyak-banyak dan paling penting, SMILE! aku rasa korang patut cuba amalkan TIPS yang tak seberapa na CANGGIH ni sebab bila korang gelisah dan amik gambar korang tengah senyum, confirm korang senyum sekali sebab cantik kan gambar korang tu? maksud aku, cantik kan gambar kalau kita ngah senyum. jadi kenapa na cacat kan nya dengan masam? woww~ bajet tak pernah masam la ni kan? :) hahaha.

next paper aku pada hari rabu, paper agak mencabar gak, sebab paper majoring kan? :) ok la kawan-kawan, aku rasa setakat disini je la post aku kali ni. 

calloo bbeeettteee.. byebye


12 celoteh:

ayied farid on 11 April 2011 at 22:58 said...

Gitchi Gitchi Goo..:)

DiyanaMukhtar on 11 April 2011 at 23:00 said...

aih? tetibe je? hahaha~ :) gitchi gitchi goo means that i love you~ hahaha

ayied farid on 11 April 2011 at 23:07 said...

i know..have read it from ur Fb..hehe
hope you too :)

DiyanaMukhtar on 11 April 2011 at 23:08 said...

=.='' haha~ ntah pape~

ariph™ on 12 April 2011 at 02:13 said...

xm tadi x bes. orang masuk2 je nampak muka aku. haha

DiyanaMukhtar on 12 April 2011 at 09:10 said...

aku nampak kau g toilet.. bhaha..

nabila izyani on 12 April 2011 at 14:24 said...

next sem aku plak amk paper tu..
-___-

DiyanaMukhtar on 12 April 2011 at 17:00 said...

tahniah bella.. :) hahaha

jeBateja on 12 April 2011 at 22:37 said...

ooo..hang study kat UKM erk....ahakz...selamat meng EXAM kan diri...den koje kilang....jarang ada exam....JARANG..? tak de pun...ahakz

DiyanaMukhtar on 12 April 2011 at 23:24 said...

hehehe.. :) it doesn't matter.. kejayaan itu ada dimana-mana.. :D

rexx on 13 April 2011 at 17:26 said...

nice blog. hehe. done follow u. feel free to visit me blog.

http://rextrvgnza.blogspot.com/

DiyanaMukhtar on 13 April 2011 at 19:30 said...

ok.. :)

 

: : Nur Diyana Mukhtar : : Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei