: : SAYANG semuanya : :

Sunday, 24 April 2011

semua orang dah habis exam? urgh!

at Sunday, April 24, 2011 12 celoteh
salam sejahtera dan salam perpaduan.

sedang aku asyik bergembira dan menghitung hari untuk pulang ke rumah, aku dikejutkan dengan pengakuan beberapa sahabat yang mengatakan mereka sudahpun berada di rumah? aku pun, WHAT???!!!!! you kidding me or i'm just joking? haha. 

-____________________________-"

officially, itu sudah menjadi salah satu tanda punca stress aku. while everyone is now watching TV at home, without NO regret, and me, here sitting at KOLEJ and studying. haha.. moreover, i'm still got two PAPERs to face to.. ahahaha..

tapi..tapi..tapi..

xpe, it's ok.. YANA, ambillah itu sebagai cabaran dan study lah. pulun jangan tak pulun. banyak lagi masa untuk lepak, masa untuk study je da tak de, sedar x? sila sedar! (suara dari sebelah kanan)

:)

selalunya sebelum ni, aku antara pelajar yang akan habis awal exam. exam aku sebelum-sebelum ni pun just memakan masa dalam 2 minggu, tapi paper nya semuanya dekat-dekat. cuma sem ni agak baru sikit, dimana paper aku semua jarak jauh-jauh, lepas tu makan masa selama 3 minggu. 

dan..dan..dan..

sem ni menjadi sedikit kebanggaan kepada aku bila akulah pelajar yang membuka tirai minggu-minggu peperiksaaan dan akulah juga pelajar yang menutup tirai peperiksaan. waahh! satu penghargaan giteww~ hahaha. :D

budak aras aku pun ramai yang da balik, sekarang ni best sikit sebab da xpayah na berebut masuk tandas untuk mandi, ntah kenapa ada beberapa orang budak tu, aku rasa senior, mandinya SANGAT SANGAT TERAMAT lama. aku pernah tunggu lebih setengah JAM.

kadang-kadang aku cuba untuk mandi selama tu jugak, tapi tak boleh, paling lama aku le setengah jam je. tu pun rasa da cukup suci daa. korang pernah mandi berejam gak ke? ce share ce share.. :)

apa-apa pun, walaupun korang da habis exam ke, tengah bercuti ke, ngah cari keje part-time ke, nga basuh baju ke, doa-doakan la aku yang sedang ingin berperang dengan 2 paper lagi ni haa.. dipermudahkan segala pembelajaran dan diperkuatkan daya ingatan. Insyaallah.

hurm.. paper yang aku bakal tempuhi ialah:

1. Investment 
2. Financial Institution Management

luck luck for me and all my majoring friends. :) May God with us.

haa.. ni aku selitkan gambar buku sikit, kasi naik semangat! :)

okay la, cukup sampai sini dulu update aku kali ni, aku nak g study dekat McD lak, sebab tu je tempat yang mampu untuk menaikkan semangat study aku. kalau aku duk bilik, aku xle study, sebab na tidur je, tapi kalau aku g library, aku tidur jugak, sebab sejuk sangat and sunyi habis. so kalau itu je tempat yang mampu untuk naikkan nafsu study aku, bek aku pergi atau aku akan jahanamkan kedua paper penting tu. kan? haha.

callo bette people, byebye.

Saturday, 23 April 2011

PAUL

at Saturday, April 23, 2011 8 celoteh
salam sejahtera dan salam perpaduan.

hari ni aku melepak sesaje, adeyhh~ rasa penat gila badan ni sampai tidur sampai tengah hari, lepas tu layan movie sambil golek-golek di atas katil aku yang sangat empuk ni. haha. :)

aku belek punya belek harddisk aku ni, aku baru teringat ada satu movie yang aku da download bulan lepas tapi tak tengok lagi, so aku pun pe lagi, pasang! cerita yang aku tengok ni tajuk dia PAUL, hurmm~ aku check dekat page GSC tadi, tak keluar lagi kat wayang sini, mungkin akan keluar bulan depan.


aku berminat tengok cite ni pun sebab ter'usya' trailer waktu aku tengok wayang dekat KLCC dulu. aku predict cite ni ala-ala lawak sengal sikit. :)

well, jalan cite dia biasa-biasa je. PAUL seorang/seekor, aku pun xtau ALIEN tu descibe as se apa. tapi PAUL ni macam kita-kita je, macam manusia. gila-gila, yang bestnya siap nyanyi-nyanyi, menari and hisap rokok bagai. then, ada bergaduh mulut ngan perempuan. haha. siyes lawak. pelakon-pelakon dalam cite ni memang best-best and sengal-sengal. ada sorang penyiasat ni macam gay sikit, bila rumah meletup, dia yang menyorok belakang kite sambil jerit-jerit. ahaha~ memang tak bole blah.

rating aku bagi 4.5/5. patut ditonton dan apa yang aku suka cte ni ialah PAUL mempunyai mata yang sangat besar dan menawan. aku memang suka orang mata besar sebenarnya, sebab nampak cute. :)

apa-apa pun, macam biasa, aku xna cte panjang-panjang sal jalan cte dia, nanti xsuspen lagi korang nak tengok. na kasi sinopsis pun korang le search kat google tu haa. anyway, kalau sapa yang suka cite yang sempoi2, lawak, boleh la pegi tengok kat wayang ataupun download je. lambat sgt keluar kat wayang tu kan? hurmm~

:)

selamat menonton semua.

byebye

RED riding HOOD

at Saturday, April 23, 2011 8 celoteh
salam perpaduan dan salam sejahtera semua.

:) setelah malam tadi berjiwa jiwang dan berada pada kegatalan yang melampau..post kali ni, aku nak buat review mengenai movie yang baru keluar semalam dekat GSC, RED RIDING HOOD. hurmm~ mula-mula aku macam tak berminat sangat nak tengok, first impression sebab nama dia macam nama cerita kanak-kanak. so aku pun anggap macam cerita biasa-biasa je.

tapi lepas aku tengok trailer dia, aku pun WOWWW. this is something. :) haa. plus pulak movie ini dibikin oleh bekas director TWILIGHT, dan filem twilight ni kan berjaya, so, aku rasa xmungkin dia akan menghampakan para penontonnya kali ini. aku tengok trailer pun masa nak tengok cerita lain yang iklan cerita dia sebelum start cerita yang aku na tengok tu. haa~ paham x? saje je konfiuskan korang.


btw, rating yang aku berikan mestilah 5-5, dan sesiapa yang taksub sangat dengan Twilight tu, aku rasa cerita ni sangat sesuai dengan korang. aku yang xbpe layan Twilight pun minat gila ngan cite ni dan tak ada babak dia yang membosankan aku. semuanya bermakna dan tersirat. waktu tengok cite ni, na kelip mata pun rasa rugi. takut miss something. :p haha. 

cerita ni berkisahkan mengenai serigala jadian. hurmm~ dia membawa kepada konflik bila serigala jadian ni bercakap dengan red riding hood ni, tapi cuma red riding hood je yang paham. 1 kampung terus macam pandang serong dekat dia, konon dia ni ahli sihir, bla bla blaa... plus ada sorang paderi ni, pada aku sangat kejam, eii! rasa na bakor jeee~ haha

tapi aku happy sebab akhirnya paderi tu mati kena bunuh dengan serigala jadian tu.

-_______________________________-"

takkan la aku na cerita semua dalam ni kan? nanti tak suspen lak korang tengok sebab aku da cerita. so, korang pergilah tengok sendiri. :)

pada pendapat aku, cite ni pun macam ala-ala twilight gak, penuh dengan romance dan di penghujung cerita boyfriend si RIDING HOOD ni pulak yang terkena sumpahan menjadi serigala jadian, tapi red riding hood ni sanggup terima dan tunggu lelaki tu kembali normal dan mereka boleh larikan diri.

nampak x maksud kat situ?

maksudnya ada part 2 la! :) hahaha. pandai dieorang buat duit. aku sekarang dah ternanti-nanti apa kesinambungannya.

antara sebab kedua kenapa aku syok sangat dengan cite ni ialah, JENG JENG JENG.. hero dia weyh..


fulamak, bapak hensem, cute, comel, sweet, setia, caring.. haha.. dan semua la dia.. HOT gila weyh! mula-mula aku syak dia la serigala jadian tu, rupanya bukan. baru na cakap seksi AWW!! haha, HERO cerita ni ialah Shiloh Fernandez and guys, stay away from him ok? :P hahaha

ni haa aku kepilkan rupa dia..


amacam? hensem kan? muka innocent je, tapi aku rasa dia lagi hensem dalam cerita tu, sebab nampak sasa, mantop, power dan sebagainya. LELAKI SEJATI laaa lebih kurang.. haha :)


tapi kalau camni pun hensem gak.. AWW AWWW! :) i loikkkeee~ ahaha.

:D kalau saya dapat awak, confirm x GATAL ngan orang lain daa.. :p hahahahaha

ok, tu sahaja lah review aku kali ni. na cakap sal cite ni je~ kepada semua yang kaki movie macam aku ni, bole lah tengok, tengok wayang ke, download ke atau beli cd cetak rompak kat pasar malam tu? haha :p kantoiii~

adios amigos, byebye

Friday, 22 April 2011

buat CIK MAMAT

at Friday, April 22, 2011 10 celoteh
puisi ini adalah kenangan kita.
kenangan di waktu kita bersama
disaat kita tumbuh hijau,
disaat kita jatuh cinta,
KHAS BUATMU, CIK MAMAT.


selalu di dalam hatiku.
wajahmu yang damaikan hatiku.
berharap kita akan bersama
dalam satu ikatan rasa
kerana cinta telahpun menyatukan kita.


genggamlah hatiku, kekasihku.
jangan biarkan aku pergi
sehingga tidak sanggup untuk aku menjauh darimu
kekasih, sedarkah engkau tentang itu?


malam itu kau tersenyum,
begitu indah dan tampan dimataku
bahpun rembulan pun menundukkan cahayanya,
dalam kesayuan dirimu.


kasih,
fahamilah setiap apa yang ku katakan,
senandung cinta kita aku nyanyikan,
berharap engkau setia menemaniku,
hingga ke akhir nanti.


sentiasa untuk ku hindari menoreh luka lama,
namun bersamamu,
aku rasa indah selalu,
aku rasa bahagia selalu
semalam, sekarang dan akan datang.


segala ungkapan yang keluar dari hati
tiada apa-apa
cuma terlalu lama telah ku pendem
cuma terlalu lama telah ku simpan
dan kini aku mahu kau tahu semuanya.


akan ku intip kau selagi ku daya,
bercengkrama di dalam hati,
andai ku bisa mempunyaimu,
itu adalah takdir nikmat bagiku.


kau adalah keindahan,
yang menghiasi duniaku,
memandangmu, aku berharap masa akan berhenti berputar.


kau adalah jejak,
yang mengikuti langkahku.
kau adalah denyut,
yang mengiringi jantungku.
kau adalah air mata,
yang mengiringi tangisanku.
kerana kamu sentiasa dihatiku.


duhai malam,
jangan kau redupkan sinar dihatinya,
untuk selalu menjadi cahaya cinta dihatiku,
hapuskanlah segala gundah dan resah di dalam jiwa,
mekarkan bunga-bunga kerinduan dalam asmara


duhai dingin,
jangan kau sembunyikan cintanya daripadaku,
kerana dia sentiasa hadir dalam mimpiku,
naikkan cinta yang ada di hati,
nyanyikanlah lagu cinta di setiap sudut hati ini.


duhai sayangku,
berikan aku setangkai kelembutan jiwa,
untuk mampu ku ungkap segala yang tersisa,
sampaikan ungkap-ungkap jiwa melalui gelung-gelung rindu,
mengungkap aku sentiasa merinduimu.


sesuatu yang tak bisa diucap,
jangan dipaksa untuk diucapkan
sesuatu yang tak bisa diucapkan,
hanya perlu difahami sahaja,
kerana masih banyak perkara yang perlu kita ungkaikan,
dalam mencari ketulusan hati.

berdirilah disampingku,
dan terangi setiap jalanku,
seperti Adam yang menerangai Hawa-nya
seperti aku, yang tulus menyayangimu. :)
 

: : Nur Diyana Mukhtar : : Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei