: : SAYANG semuanya : :

Wednesday, 27 April 2011

MENANGIS sebab kilat dan PETIR

at Wednesday, April 27, 2011 14 celoteh
salam sejahtera dan salam perpaduan.

setelah pulang dari sesi Interview petang tadi, aku pun pulang ke Kolej untuk meng'update' blog. btw, semalam dan pagi tadi aku memunggah barang sampai licin dan hantar ke bilik yang aku bakal menginap selama hampir dua bulan bermula isnin depan. :) apa pun, aku sangat-sangat tak suka untuk berpindah sebab MENGEMAS ITU SANGAT PENAT! :D haha.

korang setuju kan? sila SETUJU. :)

interview tadi pun okay, berjalan lancar. i'm able to speak in English, yeayhh~ malu lah budak U tak reti cakap BI kan? so, kena tunjuk sikit education yang ada dalam diri. sebab kalau nampak sama je macam orang lain, ia memang menunjukkan pembelajaran kita selama bertahun-tahun itu sangat membazirkan. betul x?

angguk angguk.. :)

semalam malam aku tidur bukan main nyenyak lagi sebab penat kemas barang la katakan. penat tercunggap2 angkat barang dari tingkat tiga hingga ke kereta, aku rasa sama penat dengan panjat bukit broga, ok fine.. nampak sangat aku da xfit macam dulu-dulu.

-___________________________________-"

tapi tidur aku terganggu bila hujan turun dengan lebat, malah diikuti dengan kilat dan petir. aku terjaga dan baca doa banyak-banyak, baca ayat kursi sampai aku terlelap balik. tak sampai 10minit, ada satu petir yang SANGAT kuat, dimana ianya sangat menterkejutkan aku, dan akhirnya aku menangis tanpa berisyarat. eh eh, macam tajuk lagu lak kan? hee~

mungkin aku terlampau terkejut dan bila roomate aku bukak mata, aku pun pe lagi..

"TAAAAKKKKUUUTTTTT..."

gedik la konon. haha. :) setelah seberapa lama aku perhatikan kilat dan bunyi petir, aku pun dapat membuat kesimpulan, kalau na tau petir tu na berakhir ke x, dia akan mengeluarkan 1 petir yang sangat kuat dari yang lain, dan selepas itu, tiada lagi da petir yang kuat-kuat. erkkk~ paham x? aku xpasti la korang paham ke x dengan kajian sains yang aku buat ni. ahli saintis memang ayat belit-belit. agaga~

:p

btw, aku buat kajian mengenai kesimpulan, tapi aku xbuat kajian untuk pengenalan. pengenalan tu apa? pengenalan tu mestilah DEFINISI petir. macam mana ye boleh berlakunya petir ni? sambil-sambil aku lap air mata aku lepas bunyi kuat tu pagi tadi, aku pun berazam untuk menyiasat apa yang membuatkan petir itu terjadi.

ni la definisi yang aku jumpa..


"Petir terjadi kerana ada perbezaan potensi antara awan dan bumi atau dengan awan yang lain. Proses terjadinya muatan pada awan kerana dia bergerak terus menerus secara teratur, dan selama pergerakannya dia akan berinteraksi dengan awan lainnya sehingga muatan negatif akan berkumpul pada salah satu sisi (atas atau bawah), sedangkan muatan positif berkumpul pada sisi sebaliknya."

" Jika perbezaan potensi antara awan dan bumi cukup besar, maka akan terjadi pembuangan muatan negatif (elektron) dari awan ke bumi atau sebaliknya untuk mencapai keseimbangan. Pada proses pembuangan muatan ini, media yang dilalui elektron adalah udara. Pada saat elektron mampu menembus ambang batas isolasi udara inilah terjadi ledakan suara. Petir lebih sering terjadi pada musim hujan, karena pada keadaan tersebut udara mengandung kadar air yang lebih tinggi sehingga daya isolasinya turun dan arus lebih mudah mengalir. Karena ada awan bermuatan negatif dan awan bermuatan positif, maka petir juga bisa terjadi antar awan yang berbeda muatan." ( sumber: Wikipedia Bahasa Melayu)


ok, inilah situasi yang paling aku takut. setiap kali keluar cahayanya, aku akan tutup mata dan tutup telinga. erkk~ aku tau orang cakap kalau tutup telinga time kilat nanti pekak, erkk ye ke? ntah laa~ tapi da TABEAT aku macam tu, na buat cmne?

tu definisi dari segi saintifik.. dari segi mulut-mulut orang lak, aku dengar, orang cakap, kalau kilat dan petir ni terjadi, sebab tuhan na bunuh syaitan yang berkeliaran. erkk.. tu orang cakap laa.. xtau betul ke x.. WALLAHUALLAM..

tapi apa yang pasti, aku memang lemah semangat kalau kilat dan petir. 

korang lemah semangat x? kalau korang kuat, cmne korang atasi benda ni ek? :)

Tuesday, 26 April 2011

sesuai SANGAT la tu!

at Tuesday, April 26, 2011 35 celoteh
salam sejahtera dan salam petang.

aku kembali lagi setelah merasakan kehabiskan peperiksaan aku, walaupun sebenarnya masih ada 1 paper yang menunggu pada hari jumaat. bila tgk roommate tersayang kemas-kemas barang, aku jadi xsemangat nak belajar. rasa na kemas jugak, tapi malas. hikhik~ lagipun...........

aku ada beberapa hari lagi kat sini, kalau kemas nanti, susah jugak hidup. jadi biarlah dulu. aras aku pun semakin galak menyimpan barang-barang dalam stor, aku meramalkan keadaan kat sini akan terus sunyi dan aku harus bersiap sedia untuk tidak ke tandas pada waktu malam! hahaha.

bukan apaa...

dulu aku ni xder la penakut sangat.. just kalau da sakit sgt kan perut tu, redah je laa, kul berapa pun kan.. tapi sejak roommate aku cerita something kat aku, aku terus gabra dan sekarang lak musim org da makin galak balik rumah, lagilah aku cuak! =.=''

korang na dengar ke cte pe? ok la, aku cerita cepat cepat..

camni, minggu study week haritu, roomate aku bangun la awal sebab na study. dia cakap dalam kul4 na dekat kul5. then dia pun g la toilet, na basuh muka, kasi segar sikit. lepas cuci muka, rasa na masuk jamban laak.. dia pun masuk laa.. tengah2 dalam jamban tu, dia dengar pintu tandas hujung ditutup. dia pun cakap dalam hati,

"yes.. ada teman.. xder la cuak sangat"

tapi yang peliknya diam je.. xder bunyi orang bukak air ke apa ke.. dia pun keluar, tengok masih tertutup.. dia malas na cakap, dia pun balik la bilik.. keluar-keluar daripada tandas tu, tetibe bunyi flush.. tapi xder lak bunyi air ke apa ke.. so......

haa..paham x? tapi aku malas na cakap pape.. mungkin amoi ke dalam tu, sebab xpakai air kan? haa~ ntah laa.. 

tapi..

walaupun kita da cakap camtu, bila masuk toilet tu, teringat-ingat la jugak kan? haa~ biasalah tu.. :p

btw, mengenai tajuk di atas ni bukan sal apa-apa pun.. tadi aku tengah galak meng'on-line'kan diri aku, aku pun dapat call.. sekali dapat panggilan interview dekat GSC-Alamanda. aku pun horreaayhh laa~ Interview je pun, hek eleehh tu pun na happy macam dapat kerja. 

ehh.. suka hati aku lahh... -_______________-"

kalau la aku dapat kerja tu, alhamdulillah lah sebab aku rasa persekitaran cmtu sangatlah sesuai dengan aku yang kaki wayang ni. at least xder la nanti keja aku malas kan? mungkin aku akan lebih bersemangat! :) ahahaha~



esok petang interview dijalankan, so kawan-kawan blogger sekalian, WISH ME LUCK!!! :D aku berharap dapat kerja ni.. sebab aku da penat cari keje part-time.. banyak cakap kat form ada part-time tapi sebenarnya dia na full-time je.. aiceeyhhh~ 

-______________________-"

tak pe..tak pe..tak pe.. aku cari keje lain sampai dapat.. hehe..

oklah semua.. sekali lagi.. doakan aku k? :D thanks thanks..

byebye

aku SELALU terpikir

at Tuesday, April 26, 2011 16 celoteh
salam sejahtera dan perpaduan.

bangun tidur tadi buat aku terfikir macam-macam. perkara ni memang aku biasa lakukan since kecik lagi sampai la da besar tak berapa na panjang ni haa~dia mesti akan bermula macam ni..

"kalaulah aku.." meh sini aku mulakan..

:)

dulu.. waktu aku kecik-kecik, aku selalu fikir..
"kalaulah aku besar macam akak pakai baju sekolah tu, macam mane ek aku? sempat ke aku hidup sampai besar macam tu?" 

alhamdulillah, aku melaluinya dengan penuh sempurna, malah hidup di perantauan selama 3 tahun..

kemudian, waktu aku sekolah menengah dulu, aku selalu fikir..
"kalaulah aku besar macam pelajar kolej tu, macam mane ek aku ni? sempat ke na amik SPM? lama lagi ke aku hidup?"

alhamdulillah, walaupun SPM tak membanggakan, tapi aku tetap bangga sebab aku mampu sambung ke peringkat Matrikulasi dan Universiti..

sekarang, bila aku da kat universiti.. aku selalu terfikir.. setiap kali bangun tidur..
"kalaulah aku da graduate nanti, macam ne ek perasaannya? sempat ke aku graduate? sempat ke aku laluinya?"

walaupun aku masih belum graduate, masih setahun menanti untuk memberi penghargaan ni kepada kedua ibu bapaku, namun aku selalu berharap, aku diberi peluang itu. hidup aku didunia ini, tak lebih dari membahagiakan kedua ibu-bapa aku, yang membesarkan aku dengan penuh rasa sabar. 

walaupun aku jarang contact parents aku, kadang-kadang ikut FB je, tapi mereka memang sentiasa di dalam hati aku.. 24/7.. apa saja yang aku buat, akan mengigatkan aku dekat mereka..

mungkin satu hari nanti, aku akan terpikir jugak..

"sempat ke aku bekerja? kerja dekat mana? sempat ke aku berkahwin dan mempunyai anak?"

semua tu masih tak pasti dan andai aku punya peluang untuk menjadi ibu, aku akan didik anak aku sebiji macam yang mak dan abah aku didik aku. sebab aku nak mereka ingat aku walaupun jauh di mata. 

:)

seteruk mana pun hidup kita didunia ni, ingatlah.. kita cuma sementara di dunia ni.. jangan pernah lupa bahawa bila-bila masa sahaja kita akan pergi meninggalkan semua ni.. tanpa amaran dan peringatan.. tanpa nota tanpa tanda..

byebye

the ROOMMATE

at Tuesday, April 26, 2011 12 celoteh
salam sejahtera dan salam perpaduan.

kembali lagi dengan aku bersama movie review. :) wahh~ sejak 2 menjak ni, kuat benor ye aku nonton movie? haa.. sebenarnya ni memang aktiviti favourite aku sejak aku lepas SPM. aku memang tak suka ketinggalan bab bab movie, bab lain xpe. at least, aku leh buat muka innocent sikit. ahaha~

-__________________-"

balik balik je exam Investment petang tadi, aku pun bukak satu movie ni. yang aku baru habis download 2 hari lepas. tajuknya THE ROOMMATE. filem ni pun tengah ditayangkan di wayang berhampiran. mula-mula aku ada ajak cik mamat, tengok cte ni kat wayang, tapi bila da sengkek-sengkek gini, batal je la hasrat tu, download free and tgk free je laa. :)


cerita ni mengisahkan sepasang roomamate, yang baru berjumpa dan sangat rapat.heroin pelik kenapa lah roomate dia ni concern sgt dekat dia and sampai marah bila balik bilik lambat. mula-mula dia xsyak apa-apa yang pelik, mungkin roommate dia ni terlampau sayangkan dia, tapi bila roomate dia ni makin pelik dan menggerunkan, beliau cuba selidik. bila da selidik tu, baru la dia tau, yang roomate dia ni macam mental sikit. hikhik~

seram gak cte ni. buat aku takut untuk berhadapan dengan roomate baru tahun3 nanti. dah la lain kolej, da confirm2 lain roomate gak. siimmpaaaaannnggg~~~

-___________________________________-"

bukan la seram yang seram tu, just rasa risau kalau benda ni berlaku dekat diri sendiri, sebab perkara ni tak mustahil babe. fuhh~ tiup kiri, tiup kanan, doa dijauhkan.


apa-pun, kalau aku dapat ni sebagai roommate aku, aku pun mungkin akan jadi macam roommate dia ni, tetibe mental. mana tak nya, HOT wwooooooo!! sayang ketat ketat! :P hahahaa.

apa pun, rating aku bagi just 4/5. bukan sebab bosan, tak. cerita ni menarik untuk ditonton, jalan cerita ok, xbanyak buang masa, tak mengarut, just untuk tengok kat wayang tu, agak rugi sikit laa.. sebab cerita ni, cerita biasa-biasa je. 

jadi, boleh lah download and tonton cte ni. :) insyaallah, kepada yang perempuan perempuan tu, korang akan telan air liur 2 3 kali sebab berada dalam keadaan menggerunkan. haha. :D just what me and my roommate does. optss..

ROOMMATE! hahaa.

ok la, itu je review aku kali ni. :D

salam, byebye
 

: : Nur Diyana Mukhtar : : Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei